Monday 24 August 2015

Miso halal - taste test

Now is the taste test.  

Using the chickpea miso, aku buat simple miso soup menggunakan katsuobushi, konbu, wakame dan green onion. Tofu takde.. tambah jagung manis sbb ada kt freezer.

The taste?  EXACTLY like miso soup lah. Alhamdulillah.. syukur! 

Ok, rasa dia dah pass.. so mmg betul lah resepi. Next is to confirm samada miso buatanku ini selamat di makan. So far dah 4 jam makan.. okeh je. Alhamdulillah.

Insyaallah, I will test soya miso pulak - actually tadi nak test soya miso. Tapi excited sangat.. dok ceduk dalam jar tak baca label. Sekali bila dah scooped out, rupanya aku dah cedok chickpea miso hihihi...

Anyways...

Chickpea miso soup
Chickpea miso soup

Miso halal - After 7 months

Actually, dah berbulan aku dah lupakan makanan korea dan Jepun.  I dunno why.


Tetapi, since last week dah mula craving balik korean and Japanese food.  Pastu teringat kat koleksi miso aku yang dah bertapa dalam almari dah 7 bulan tu.. apa citaaa????

So tadi petang, I opened 2 jars - the chickpea miso and the soy miso. Perghh.... kaler dah gelap especially the top part and bau dia SEBIJIK MISO YANG AKU BELI KT PASARAYA.  Lepas tu, dah ada cecair gelap terkumpul here and there dalam bekas tu.. bau SEBIJIK MACAM KICAP. Yep, itu lah TAMARI, the byproduct of miso (aku kena fikirkan cara macamana nak extract kicap dia).

Tamari susah nak jumpa kt pasaraya. It's a highly premium of kicap. And it's not a lot. Lagi2 soya miso yang aku buat ni adalah from organic soy. 

Ok, bau dah sama. Macamana rasanya??

So, ini lah dia chickpea miso aku selepas 7 bulan diperam.
Chickpea miso
Chickpea miso

Miso halal - proses pemeraman

Semua miso yang aku buat aku letak dalam bekas bertutup, and letak dalam almari dan bertutup. One thing, dok dalam almari, suhu dia maintain je about 28C kot.

Ok, untuk 2 minggu pertama.. hari2 cek miso. tapi mehh.. tak sama langsung bau dia dengan miso yang beli kt pasaraya.  Ada jugak terfikir.. ntah2 salah kot? Orang Jepun guna koji starter aku do balun guna ragi tapai mak aku...  Ntah2 salah... Only time would tell

Tapi ye lah.. miso kena diperam dalam waktu yang lama, so nak jadi miso memang lama. The first 2 months, mmg nampak fast fermentation. Every few days kena buka penutup to let the air out. Then lepas tu dah stable. 

Lepas 2 bulan aku biaq pi sama depa. Let them do their job. Untung sabut timbul ye dak?  Kadang2 jeling2 juga kt botol2 miso tu. Especially the mugi (barley) miso.. Bau dia mmg sungguh wangi.

Gambar nanti dulu...

Miso halal - cara buat miso

Miso soup is one of my favourites. It's comfort food but more importantly, it's a healthy food.  Antara khasiat miso adalah it's anti cancer dan boleh cleanup radiation dalam badan.

It's easy to find miso kt supermarket besar2 tu macam Jusco. TAPI, Muslim consumers kena hati2 sebab banyak yang ada added alcohol. Oleh kerana aku suka miso tapi tak gheti baca tulisan Jepun, aku fikir baik cuba buat miso sendiri. 

Actually, last January aku ada buat beberapa jenis miso - soya miso, chickpea (kacang kuda) miso, mugi (barley) miso dan adzuki (kacang merah) miso.  

Nak kongsi sikit cara2 buat miso nih.

Bahan asas miso adalah simple - koji (beras kukus yang dah diperam dengan ragi selama 2 hari), garam dan kekacang (soya, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah etc).

Untuk buat koji, kena ada koji starter, atau bahasa omputehnya, aspergillus oryzae. Tak kuasa mak nak beli koji starter dari obersee.. mahal.  So, I experimented dengan ragi tapai biasa hihihi.. kelass aku nyahh!!!

Ok, memula, rendam beras 1 malam. Then kukus beras selama 30-40 minutes, or separa masak kot.  Then, lepas dah suam2 kuku, tabur ragi and gaul rata. Biarkan 2 hari, keep checking. Sekiranya nampak ada hidupan kulat putih2 kt beras tu.. and dah mula bau ala2 tapai.. tapi belum jadi macam tapai lagi... Itulah koji (versi aku)

Then, 12 jam sebelum Koji siap, rendam kacang soya (or kacang pilihan), dah kembang cuci bersih. Rebus sampai lembut - Kalau guna pressure cooker dalam 30 minit kot. Kalau rebus biasa taktau la berapa lama.. 4 jam kot? Toskan air rebusan kacang, simpan sikit untuk bagi lembutkan adunan kacang sekiranya perlu. Pastu, penyek2kan kacang soya tersebut bagi halus. Kacang boleh dihancurkan masa masih panas2.. 

Koji tadi diramas dengan garam sampai hancur2. Tujuan letak garam adalah untuk mengelak miso jadi rosak dan juga untuk matikan ragi tadi. Kalau tak jadi tapai lah dia.. and seterusnya jadik todi la pulak.. kan? Btw, aku guna garam kasar - always guna garam laut yea.. bukan garam buatan.  And garam kasar tu sila la hancurkan dulu yea.. jangan la guna seketul2..

Apabila kacang hancur tu dah suam2, or dah nak sejuk, barulah gaulkan dengan dengan Koji bergaram tadi. 

Sekiranya adunan keras, bolehlah dilembutkan dengan menambahkan sedikit air rebusan kacang tadi. Doh kacang tu buat lembut sikit dari adunan apa ek?  Hm... lembut sikit dari adunan begedel kot?

Bubuh dalam bekas bersih - aku guna bekas kaca dan bekas plastik bertutup jek. Jangan lupa taburkan sedikit garam atas permukaan miso - to increase salinity. 

Gambar sat nooo...

Monday 17 August 2015

Carolina Reaper



Kepada sesiapa yang tak pernah dengar nama Carolina Reaper, ini adalah cili yang paling pedas di dunia as of today.  Gambar di atas adalah cili Carolina Reaper yang saya tanam sendiri.  Buah yang dalam gambar di atas adalah buah cili yang ke 3 saya petik.

Nak cambahkan benih Carolina Reaper ni tak la susah sangat. Mungkin sebab benihnya elok. Actually, ni adalah kali ke dua saya tanam cili ini. The first time, saya salah tanah (cili prefer tanah berpasir) dan pokok mati sebelum sempat berbunga. The second attempt, baru lah berjaya.  Saya guna campuran tanah seperti yang dianjurkan oleh En. Iskandar dalam blog tanamsendiri.com.

Tapi, biasalah rookie macam saya ni. Pokok nak hidup pun kira seribu rahmat hahaha... Antara cabaran lain yang saya hadapi adalah daun yang tak cukup zat - ntah apa baja saya pakai hehehe - bunga yang gugur manjang..

Setiap kali saya siang ikan, air darah and basuhan ikan saya akan tuang kt pokok cili.. it helps with the green. Saya juga guna baja tahi kambing dan baja kimia (untuk galakkan pokok berbunga). Lepas tu, kadang-kadang sibuk, pokok terbiar..cuma siram tiap-tiap petang je.

Saya ada 4 pokok Carolina Reaper nih dan semuanya saya tanam dalam pasu. 1 pasu saya letak di bahagian timur rumah, so, dia dapat matahari pagi dan 3 lagi pasu saya letak kt bawah pokok jambu.. so, tak berapa dapat sangat full sun. Cuma bright je lah. Tapi so far semuanya hidup.

Lepas jemu tengok bunga-bunga asyik gugur, akhirnya ada juga yang lekat - tapi semuanya pokok yang di tempat redup. Kadang-kadang saya akan gegar-gegarkan pokok cili untuk bagi dia pollenate diri sendiri (kot-kotla bunga gugur sebab tak pollenate keh keh keh). Sekarang dan mula ada beberapa putik cili.  Ok lah tu.

Soalannya... adakah Carolina Reaper in pedas gile seperti yang digembar gemburkan? Jawapannya adalah... YA.. MEMANG PEDAS GILE. Semalam mak saya cuba masak dengan Carolina Reaper. Guna sikit sahaja (1/3 daripada cili; dan saiznya kecil) and pedasnya cukup terasa menjalar-jalar dalam mulut dan pedas cili ni tak sama macam cili padi.  Actually, masa petik pon tangan saya dah pijar.. adoii... dan biji benih cili ni pon saya tak berani nak pegang.. buka peket benih pon dah rasa pijar...

The thing is, cili saya dok tempat teduh/matahari separuh.. itu pon dah pedas. Imagine kalau letak pokok tu kt full sun.. fuhh lagi terangkattt gamaknya.

Actually, cili ni mmg jimat. Kalau takat nak pedas, guna sikit sahaja. Satu biji cili sebesar ibu jari boleh buat masak 3-4 lauk. Tapi takde la dapat kaler cili sebab guna terlalu sedikit.

Teringin juga saya nak tengok the brave souls kunyah cili ni macam kunyah chewing gum. Ada bran?

Saturday 3 January 2015

Barley Koji

Sesiapa yang biasa dengan makanan Jepun berkemungkinan besar pernah makan sup miso.  Bagi saya miso soup is a taste of home.Miso soup adalah soup yang sihat dan sedap dan agak mudah jugak dibuat. Tapi this post is not about miso, but rather, salah satu bahan yang digunakan untuk membuat miso which is, koji.  Setahu saya, ada dua jenis koji yang digunakan untuk membuat miso iaitu rice koji (daripada beras) dan barley koji daripada barley. 

Out of curiosity, saya teringin sangat nak buat miso sendiri.  Nak beli pasaraya, jauh. Almaklumlah, kita dok kampong jadi kalau nak beli miso, kena pergi pasaraya besar di KL or JB etc.  Satu lagi, banyak miso yang dijual dipasaraya tu mengandungi alcohol – as preservative kot. As Muslim, this is an issue.

So from my reading, bahan asas nak buat miso adalah koji (rice or barley), soybeans dan garam.  Senang kan? Nanti duluuu.. hahahha…  Ok, kacang soya memang insyaallah senang jumpa.  Tapi koji agak sukar nak cari kot.  Nak buat koji beras atau barley kena ada koji starter – aspergillus oryzae – sejenis kulat, erm.. cam ragi kot?

OK so, beras dan barley memang insyaallah senang nak jumpa, tapi tang aspergillus oryzae tu, yes, boleh beli online rasanya.  Ada juga cadang nak beli tapi tetiba saya teringat yang mak saya pernah buat tapai nasi, bila dia nak buat apam beras menggunakan ragi tapai yang kita biasa beli di kedai. 
Rupa tapai nasi tu ada la menyerupai rice koji (dalam picture lah) so saya fikir, maybe saya guna je lah ragi tapai tu, sebagai eksperiment untuk buat barley koji.  Teknik membuat koji saya refer pada blog ini https://timogarden.wordpress.com/how-to-make-koji/

Basically, barley dicuci dan direndam semalaman. Kemudian dikukus sampai masak.  Mengukus barley yang dah kembang dan lembut ni agak mudah sebenarnya – saya tak bungkus the whole batch, cuba tuang dalam pengukus kecil, dan tutup atasnya dengan saputangan cotton dan kukus sampai masak – untuk 500gms dried barley saya kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit agaknya, tapi basically kalau boleh kunyah lembut tu kira okeh lah.

Bila dah masak, letak dalam bekas bersih. Actually, kita kena pastikan SEMUA peralatan yang digunakan adalah bersih, especially, tiada minyak ya… Dan bila dah suam nak hampir sejuk, saya gaulkan dengan ragi tapai.  Then, saya tutup dengan saputangan, keeping my fingers crossed.  Dalam hati, kalau tak jadi, boleh je bagi kt angsa hahahaha…

Hari pertama, takde apa-apa sangat.. Then, start hari ke-dua, dah mula ada bau manis macam tapai. Actually, tapai barley sebijik macam bau tapai ubi.  Sedappp sangat… Saya cuba rasa sebijik.. dah mula nak rasa manis.  Ehh.. macam tapaii je? Dalam hati dah mula excited… By third day, hopefully dah jadi, saya dah boleh guna untuk buat miso, first experiment…

Barley Koji hari yang ke-2. Rupanya masih sama, tapi bau, tekstur dan rasa dah mula berubah.

Tapi, out of excitement, saya beritahu ayah saya tentang barley koji yang saya cuba buat ni. But of course saya tak panggil barley koji, I just told him TAPAI BARLEY.  Dia macam intrigued – ayah saya ni suka tapai dan suka barley – dan saya tunjukkan koji barley ni pada dia – saya buka je tuala penutup barley koji tu, terus dia ambil sebijik dan makan.  His comment: “Satu hari lagi jadi lah” Ecehh… macam la dia pernah makan… (kalaula ayah tau kenapa saya buat tapai barley.. tapi mehh.. tak perlu cerita apa-apa)

Since ini lah pertama kali kami men-tapai-kan barley, I suppose it will be a new experience eating it –should it be edible lah hahahah. Kitaorang bincang macamana cara nak makan tapai barley ni – ayah cakap, makan macam tapai pulut – letak dalam air sirap and letak ais. Mungkin boleh buat apam barley?  Wahh imagination... Belum jadi lagi okayy!

Kalau tapai barley saya menjadi - hopefully lah- saya tentunya akan terus buat miso tapi juga akan bagi ayah semangkuk untuk dia makan.. sebab dia macam berminat je…heheh.. kalau dia berani nak makan lah..


But really, since saya tak tau macamana koji yang sebenar, apa yang saya buat ni mungkin bukan koji yang sebenar. Ragi tapai yang saya gunakan ni pun mungkin bukan aspergillus oryzae pun as from my reading, ragi tapai yang kita guna di Malaysia ni could also have other type of fungus.  Cuma, in my first experiment making rice koji, beras tak cukup masak, so banyak yang tak terferment – so saya biarkan je lah sampai seminggu. Then, beras yang terferment tu, lelama bertukar warna from yellow to greenish – macam warna koji starter.  So, I gather, mungkin betul tu aspergillus oryzae.. eheh…

Wednesday 17 December 2014

Sayangkan anak ditangan-tangankan. Sayangkan kucing...?


Ini adalah pemandangan bisa di rumah saya.  Pantang ada tisu, tak kira lah tisu kotak atau tisu gulung, semua bolehhh je.  You leave your tissue, 5 minit.. siap lah jadi roti kirai!  Nak marah pun tak berbaloi lah...


Tak tau lah sapa punya kerja tapi I am very sure yang pesalahnya adalah antara tiga ekor (atau ketiga-tiga sekali) samdol badigol sood nih:

AnnaMaria

Tabby & Michka

Ketiga-tiga kucing di atas adalah kucing saya yang muda - Umur bawah setahun.  Tabby dan Mischka dah nak setahun, while AnnaMaria dah 7 bulan.  Actually bukan exact age - sebab they were stray kitties that I found earlier this year.  It was their vet yang bagi approximate age.

Anyways, ni bukan pasal umur lah.  It's just, rentetan dari peristiwa hari ni (yang saya tepekkan di atas) dan banyak lagi peristiwa lain.. got me to think.. that kucing-kucing zaman sekarang ni memang lain macam nakalnya!  Dulu-dulu kucing-kucing saya tak macam ni.  Kalau ikutkan, si Tabby dan Mischka especially, dah dewasa but masih lagi hyperactive.  Tak larat sangat kalau derang dok frolicking satu rumah.  macam nak roboh dibuatnya!

And they seem to have characters yang interesting and they have skills ntah apa-apa!  But they are my babies and I would not have it any other ways!