Miso soup is one of my favourites. It's comfort food but more importantly, it's a healthy food. Antara khasiat miso adalah it's anti cancer dan boleh cleanup radiation dalam badan.
It's easy to find miso kt supermarket besar2 tu macam Jusco. TAPI, Muslim consumers kena hati2 sebab banyak yang ada added alcohol. Oleh kerana aku suka miso tapi tak gheti baca tulisan Jepun, aku fikir baik cuba buat miso sendiri.
Actually, last January aku ada buat beberapa jenis miso - soya miso, chickpea (kacang kuda) miso, mugi (barley) miso dan adzuki (kacang merah) miso.
Nak kongsi sikit cara2 buat miso nih.
Bahan asas miso adalah simple - koji (beras kukus yang dah diperam dengan ragi selama 2 hari), garam dan kekacang (soya, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah etc).
Untuk buat koji, kena ada koji starter, atau bahasa omputehnya, aspergillus oryzae. Tak kuasa mak nak beli koji starter dari obersee.. mahal. So, I experimented dengan ragi tapai biasa hihihi.. kelass aku nyahh!!!
Ok, memula, rendam beras 1 malam. Then kukus beras selama 30-40 minutes, or separa masak kot. Then, lepas dah suam2 kuku, tabur ragi and gaul rata. Biarkan 2 hari, keep checking. Sekiranya nampak ada hidupan kulat putih2 kt beras tu.. and dah mula bau ala2 tapai.. tapi belum jadi macam tapai lagi... Itulah koji (versi aku)
Then, 12 jam sebelum Koji siap, rendam kacang soya (or kacang pilihan), dah kembang cuci bersih. Rebus sampai lembut - Kalau guna pressure cooker dalam 30 minit kot. Kalau rebus biasa taktau la berapa lama.. 4 jam kot? Toskan air rebusan kacang, simpan sikit untuk bagi lembutkan adunan kacang sekiranya perlu. Pastu, penyek2kan kacang soya tersebut bagi halus. Kacang boleh dihancurkan masa masih panas2..
Koji tadi diramas dengan garam sampai hancur2. Tujuan letak garam adalah untuk mengelak miso jadi rosak dan juga untuk matikan ragi tadi. Kalau tak jadi tapai lah dia.. and seterusnya jadik todi la pulak.. kan? Btw, aku guna garam kasar - always guna garam laut yea.. bukan garam buatan. And garam kasar tu sila la hancurkan dulu yea.. jangan la guna seketul2..
Apabila kacang hancur tu dah suam2, or dah nak sejuk, barulah gaulkan dengan dengan Koji bergaram tadi.
Sekiranya adunan keras, bolehlah dilembutkan dengan menambahkan sedikit air rebusan kacang tadi. Doh kacang tu buat lembut sikit dari adunan apa ek? Hm... lembut sikit dari adunan begedel kot?
Bubuh dalam bekas bersih - aku guna bekas kaca dan bekas plastik bertutup jek. Jangan lupa taburkan sedikit garam atas permukaan miso - to increase salinity.
Gambar sat nooo...
No comments:
Post a Comment