Kepada sesiapa yang tak pernah dengar nama Carolina Reaper, ini adalah cili yang paling pedas di dunia as of today. Gambar di atas adalah cili Carolina Reaper yang saya tanam sendiri. Buah yang dalam gambar di atas adalah buah cili yang ke 3 saya petik.
Nak cambahkan benih Carolina Reaper ni tak la susah sangat. Mungkin sebab benihnya elok. Actually, ni adalah kali ke dua saya tanam cili ini. The first time, saya salah tanah (cili prefer tanah berpasir) dan pokok mati sebelum sempat berbunga. The second attempt, baru lah berjaya. Saya guna campuran tanah seperti yang dianjurkan oleh En. Iskandar dalam blog tanamsendiri.com.
Tapi, biasalah rookie macam saya ni. Pokok nak hidup pun kira seribu rahmat hahaha... Antara cabaran lain yang saya hadapi adalah daun yang tak cukup zat - ntah apa baja saya pakai hehehe - bunga yang gugur manjang..
Setiap kali saya siang ikan, air darah and basuhan ikan saya akan tuang kt pokok cili.. it helps with the green. Saya juga guna baja tahi kambing dan baja kimia (untuk galakkan pokok berbunga). Lepas tu, kadang-kadang sibuk, pokok terbiar..cuma siram tiap-tiap petang je.
Saya ada 4 pokok Carolina Reaper nih dan semuanya saya tanam dalam pasu. 1 pasu saya letak di bahagian timur rumah, so, dia dapat matahari pagi dan 3 lagi pasu saya letak kt bawah pokok jambu.. so, tak berapa dapat sangat full sun. Cuma bright je lah. Tapi so far semuanya hidup.
Lepas jemu tengok bunga-bunga asyik gugur, akhirnya ada juga yang lekat - tapi semuanya pokok yang di tempat redup. Kadang-kadang saya akan gegar-gegarkan pokok cili untuk bagi dia pollenate diri sendiri (kot-kotla bunga gugur sebab tak pollenate keh keh keh). Sekarang dan mula ada beberapa putik cili. Ok lah tu.
Soalannya... adakah Carolina Reaper in pedas gile seperti yang digembar gemburkan? Jawapannya adalah... YA.. MEMANG PEDAS GILE. Semalam mak saya cuba masak dengan Carolina Reaper. Guna sikit sahaja (1/3 daripada cili; dan saiznya kecil) and pedasnya cukup terasa menjalar-jalar dalam mulut dan pedas cili ni tak sama macam cili padi. Actually, masa petik pon tangan saya dah pijar.. adoii... dan biji benih cili ni pon saya tak berani nak pegang.. buka peket benih pon dah rasa pijar...
The thing is, cili saya dok tempat teduh/matahari separuh.. itu pon dah pedas. Imagine kalau letak pokok tu kt full sun.. fuhh lagi terangkattt gamaknya.
Actually, cili ni mmg jimat. Kalau takat nak pedas, guna sikit sahaja. Satu biji cili sebesar ibu jari boleh buat masak 3-4 lauk. Tapi takde la dapat kaler cili sebab guna terlalu sedikit.
Teringin juga saya nak tengok the brave souls kunyah cili ni macam kunyah chewing gum. Ada bran?