Saturday, 3 January 2015

Barley Koji

Sesiapa yang biasa dengan makanan Jepun berkemungkinan besar pernah makan sup miso.  Bagi saya miso soup is a taste of home.Miso soup adalah soup yang sihat dan sedap dan agak mudah jugak dibuat. Tapi this post is not about miso, but rather, salah satu bahan yang digunakan untuk membuat miso which is, koji.  Setahu saya, ada dua jenis koji yang digunakan untuk membuat miso iaitu rice koji (daripada beras) dan barley koji daripada barley. 

Out of curiosity, saya teringin sangat nak buat miso sendiri.  Nak beli pasaraya, jauh. Almaklumlah, kita dok kampong jadi kalau nak beli miso, kena pergi pasaraya besar di KL or JB etc.  Satu lagi, banyak miso yang dijual dipasaraya tu mengandungi alcohol – as preservative kot. As Muslim, this is an issue.

So from my reading, bahan asas nak buat miso adalah koji (rice or barley), soybeans dan garam.  Senang kan? Nanti duluuu.. hahahha…  Ok, kacang soya memang insyaallah senang jumpa.  Tapi koji agak sukar nak cari kot.  Nak buat koji beras atau barley kena ada koji starter – aspergillus oryzae – sejenis kulat, erm.. cam ragi kot?

OK so, beras dan barley memang insyaallah senang nak jumpa, tapi tang aspergillus oryzae tu, yes, boleh beli online rasanya.  Ada juga cadang nak beli tapi tetiba saya teringat yang mak saya pernah buat tapai nasi, bila dia nak buat apam beras menggunakan ragi tapai yang kita biasa beli di kedai. 
Rupa tapai nasi tu ada la menyerupai rice koji (dalam picture lah) so saya fikir, maybe saya guna je lah ragi tapai tu, sebagai eksperiment untuk buat barley koji.  Teknik membuat koji saya refer pada blog ini https://timogarden.wordpress.com/how-to-make-koji/

Basically, barley dicuci dan direndam semalaman. Kemudian dikukus sampai masak.  Mengukus barley yang dah kembang dan lembut ni agak mudah sebenarnya – saya tak bungkus the whole batch, cuba tuang dalam pengukus kecil, dan tutup atasnya dengan saputangan cotton dan kukus sampai masak – untuk 500gms dried barley saya kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit agaknya, tapi basically kalau boleh kunyah lembut tu kira okeh lah.

Bila dah masak, letak dalam bekas bersih. Actually, kita kena pastikan SEMUA peralatan yang digunakan adalah bersih, especially, tiada minyak ya… Dan bila dah suam nak hampir sejuk, saya gaulkan dengan ragi tapai.  Then, saya tutup dengan saputangan, keeping my fingers crossed.  Dalam hati, kalau tak jadi, boleh je bagi kt angsa hahahaha…

Hari pertama, takde apa-apa sangat.. Then, start hari ke-dua, dah mula ada bau manis macam tapai. Actually, tapai barley sebijik macam bau tapai ubi.  Sedappp sangat… Saya cuba rasa sebijik.. dah mula nak rasa manis.  Ehh.. macam tapaii je? Dalam hati dah mula excited… By third day, hopefully dah jadi, saya dah boleh guna untuk buat miso, first experiment…

Barley Koji hari yang ke-2. Rupanya masih sama, tapi bau, tekstur dan rasa dah mula berubah.

Tapi, out of excitement, saya beritahu ayah saya tentang barley koji yang saya cuba buat ni. But of course saya tak panggil barley koji, I just told him TAPAI BARLEY.  Dia macam intrigued – ayah saya ni suka tapai dan suka barley – dan saya tunjukkan koji barley ni pada dia – saya buka je tuala penutup barley koji tu, terus dia ambil sebijik dan makan.  His comment: “Satu hari lagi jadi lah” Ecehh… macam la dia pernah makan… (kalaula ayah tau kenapa saya buat tapai barley.. tapi mehh.. tak perlu cerita apa-apa)

Since ini lah pertama kali kami men-tapai-kan barley, I suppose it will be a new experience eating it –should it be edible lah hahahah. Kitaorang bincang macamana cara nak makan tapai barley ni – ayah cakap, makan macam tapai pulut – letak dalam air sirap and letak ais. Mungkin boleh buat apam barley?  Wahh imagination... Belum jadi lagi okayy!

Kalau tapai barley saya menjadi - hopefully lah- saya tentunya akan terus buat miso tapi juga akan bagi ayah semangkuk untuk dia makan.. sebab dia macam berminat je…heheh.. kalau dia berani nak makan lah..


But really, since saya tak tau macamana koji yang sebenar, apa yang saya buat ni mungkin bukan koji yang sebenar. Ragi tapai yang saya gunakan ni pun mungkin bukan aspergillus oryzae pun as from my reading, ragi tapai yang kita guna di Malaysia ni could also have other type of fungus.  Cuma, in my first experiment making rice koji, beras tak cukup masak, so banyak yang tak terferment – so saya biarkan je lah sampai seminggu. Then, beras yang terferment tu, lelama bertukar warna from yellow to greenish – macam warna koji starter.  So, I gather, mungkin betul tu aspergillus oryzae.. eheh…

5 comments:

  1. Salam. Saya search2, ragi tu ada rhizopus oryzae, bukan aspergillus oryzae tapi mungkin ada juga sedikit strain aspergillus oryzae tu dalam ragi. Kalau kat China, mereka guna Jiuqu dan jenis Jiuqu yang banyak aspergillus oryzae adalah Daqu (warna kekuningan@ hijau sedikit). Dalam pemerhatian saya, ragi tempatan kita ini digunakan untuk buat tapai ubi dan juga tempe. Tempe adalah kacang soya yang ada protein. Oleh kerana koji @ aspergillus oryzae boleh hurai kanji/gula dan protein, rasanya mungkin agak sama kot? Dalam article yg saya baca, koji tu ada selected fungus jenis aspergillus oryzae sahaja. Jadi, ragi tempatan kita ni lebih banyak rhizopus oryzae berbanding aspergillus oryzae.

    Koji memang mahal kalau beli dari Jepun, Kalau dapat sedikit, kita boleh biak banyak lagi jadi starter.

    Jadi, akhirnya, jadi ke koji awak tu? Hehe...

    ReplyDelete
  2. haha... jadi or not tak leh nak cakap sebab tak leh nak compare dengan the real thing. But it turns out ala2 tapai pulut.. manis.

    ReplyDelete
  3. Oh sy ingat awk nk guna tapai barley tu utk wat miso ke something. Oh sedikit update, lepas research google, nmpknya sy silap skit. Ada 3 jenis ragi :

    1. Ragi roti
    2. Ragi tapai
    3. Ragi tempe

    Ragi roti sejenis kulat (yis) manakala ragi tapai dan ragi tempe sejenis kulapuk (mold).

    So, yg sedang awk cari tu sebenarnya adalah ragi tempe aka koji. Awk mungkin dah guna ragi tapai on barley tu in this case. Tp dpt jgk hasilnya, kan?
    Ini kerana ragi roti dan ragi tapai boleh breakdown karbohidrat/kanji tetapi ragi tempe dpt buat kedua2nya sekali yakni karbohidrat/kanji serta protein. Itu yg istimewanya ragi tempe aka koji ni.

    Awk boleh google dan dptkn kontak penjual2 sekitar kawasan awk. Rasanya di Johor dan Selangor mmg ramai supplier ragi tempe ni sbb tempe mmg makanan terkenal di sana (pengaruh jawa). Ragi tempe mmg mahal sikit daripada ragi roti/ragi tapai. Tp lebih murah dr kos shipping dr Jepun, kan? Haha.

    Panjang lebar pulak komen...hehe. Sy pun tgh cari koji ni. Rupanya itu dah lama di negara kita atas nama ragi tempe!! Ceh! Haha...So case closed.

    Sama2lah kita mencuba ragi tempe ni ya...

    ReplyDelete
  4. Oh ya, ragi-ragi akan tukar karbo/kanji kepada gula dan enzim lebih ringkas.

    Karbohidrat/kanji----> gula------>arak----->cuka

    So hati2 ferment tu jgn lebih dari 3 atau 4 hari, nanti ragi akan ferment gula tu kpd alcohol plak. (Terutama tapai ubi/pulut/nasi). Airnya juga jgn simpan lama2 dlm peti.

    Cuka hitam beras atau cuka daripada arak ni ada sedikit pendapat ulama. Kalau dari awal sudah dicampur starter arak mcm sochu ke atau wain, hukumnya haram. Juga kalau arak tu belum cukup matang jadi cuka (acid) sepenuhnya adalah haram (lama proses ni boleh sampai tahun) dan kalau cuka itu dicampur dgn cuka utk mempercepat proses tu juga haram.

    Kalau hasil fermentasi yg semulajadi tanpa dipaksa atau dicampur starter arak maka halal. Contoh cuka tuak, cuka kurma dan lain2.

    Ini utk peringatan kita bersama. Maaf sy melalut ke cuka plak tp still regarding fermentation, kan. Kena tahu ni. Hihi.. :)

    Ok, lps ni awk cuba ragi tempe tu plak. Mana tau menjadi kang... boleh wat tempe, tauchu/miso, kicap dan lembutkan isi daging!! Byk kelebihan koji ni! Yosh!!!

    ReplyDelete
  5. Laa.. ragi tempe ke? Erm.. saya tak pernah beli ragi tempe. Actually tak pernah jumpa. Cuma... mak ayah saya dulu pernah buat tempe untuk dijual. Untuk raginya, diaorang just beli tempe.. potong nipis2 and jemur. Lepas tu hancurkan and guna sebagai ragi untuk buat tempe (tabur atas kacang soya). Hehe.. thanks for the info. Nnt lapang saya boleh cuba buat miso guna ragi tempe pulak. Jadi or not.. kita find out lah.

    ReplyDelete