Then si Azam, my 9 year old cat dah makin kurus and bulu tanggal-tanggal. Dah sakit baru nak balik rumah, kalau tak melaram merata-rata jantan sekor ni. Vet put him on meds - flea allergic and fish oil capsule. Aku bagi dua ubat-ubat tu 2 kali sehari and lepas 3 minggu I noticed that his appetite makin kurang, dia makin tak nak makan and makin kurus. Dah macam papan lapis yang boleh dilipat dua. I figured, mungkin dia stressed kena makan ubat or side effects? Ntah lah. He was eager to eat, tapi bila bagi makan, cuma satu suap je. I tried a few things; whiskas pouch, ikan sadin dalam tin, ayam rebus, ikan tongkol rebus... cuma jilat-jilat je and pergi. So I decided to stop the meds to see if he would get better. And so far he seemed better walaupun makan tak banyak, itupun bila aku gorengkan ikan tongkol tu. Apa-apalah Azam, janji ko makan.
Like any cat or pet owners, bila haiwan peliharaan kita sakit, hati tak tenteram. Dah la baru saja kebumikan si Telur. But as a Muslim, I understand that setiap yang ada disekeliling kita adalah pinjaman Allah swt. Walaupun sakit nak tanggung, kita kena redha. Malam tadi lepas solat Isya, aku bermuhasabah, bermonolog; mana lagi aku sanggup tanggung? Kucing mati lepas sakit menderita lama or mati cepat dan mudah dan segera. Aku pilih yang kedua: mati cepat dah tak suffer, walaupun aku tau, that second part is tragic and shocking.
And this morning, Allah bebetul duga iman aku. At 7:40 in the morning, bila aku buka pintu depan, aku Nampak kucing aku si Mamut terbaring didepan rumah, atas Tanah. Badan dia basah kena tempias hujan, badan dia sejuk dan dah nak keras. Lifeless and yet macam tidur je. Tak de tanda-tanda cedera atau stress; macam tidur saja, cuma pucat. Mamut dah mati. Macamana dan kenapa Allah saja yang tau tapi aku pasti dia belum mati lama, perhaps a couple of hours.
Dalam keadaan tak tau nak fikir or buat apa, aku dukung Mamut and bawa ke belakang rumah dekat kubur si Telur. Aku peluk Mamut erat-erat and aku menangis puas-puas. Sedih, terkejut dan macam-macam. Aku kehilangan satu lagi buah hati aku. Dia sahabat aku. Dia sentiasa teman aku dalam bilik. Bila aku marah dia, dia akan terus datang kat aku and gosok-gosok kepala kat aku and sanggup terima kena lepuk, tak macam kucing lain yang akan cabut lari. And actually, walau macamana aku marah kat dia (sebah dia ni nakal), pagi-pagi mesti dia dah ada tidur menyandar kat sebelah aku. Kadang-kadang bila aku buka pintu bilik, dia dah ada kat almari tepi pintu menyapa aku. Dengan mata julingnya, dengan suara tak berapa nak jantan, aku panggil dia pondan kepit...
Semalam dia sihat elok. Dok pau ikan rebus si Azam lagi. Hari ni dia dah dalam perut bumi, dekat dengan Telur. Korang be good friends ya, jangan gaduh-gaduh. Air mata aku memang belum kering lagi. Tak tergambar sedih aku ni sampai aku jadi sesak nafas dan nak pitam lepas kebumikan dia tadi. Kali terakhir aku peluk dia tadi, he smelled the same, of vanilla custard. Bulunya tetap halus and lembut. Mamut...
Selepas 5 tahun 3 bulan dia dipinjamkan kepada aku, sebagai sahabat aku, penyembuh duka aku, Allah dah panggil dia balik kepangkuanNya. Walaupun sangat sakit untuk aku tanggung, tapi aku bersyukur sebab Mamut tak sakit menderita langsung. C.O.D? Probably heart attack. Ntah. As I am reminiscing this, aku rasa sesak nafas balik.
Terima kasih Allah atas kurniaanMu walaupun sementara. I love you Amut and Telur. Jumpa di syurga.
Mamut