Friday, 28 March 2014

Mint yang menjalar

Mint atau pudina adalah salah satu daripada herb yang saya tak berapa reti nak guna tapi sengaja tanam untuk pest control, hopefully lah hehehhee...  Pokok mint atau pokok pudina agak mudah tumbuh.  Dia suka tempat yang shady dan Tanah yang agak lembap. 

So some months ago saya beli satu pasu pudina daripada nursery.  Kelakar je rupanya tapi since saya ni jenis lebih rela beli daripada minta-minta pada strangers, saya beli je lah.  Kononnya, saya nak letak mint sama growing container dengan certain plants sebagai pest deterrents... so.. dalam satu polybag besar ni, saya ada tanam hami melon and then saya selitkan la satu tangkai pudina dalam polybag tersebut.

Verdict?  Eleh sama je... Encik Api-api tetap happy mengunyah daun hami melon like there was no tomorrow and finally the melon plant pon menemui ajalnya.  After the demise of the melon plant, saya biarkan saya bekas polybag ditempatnya tapi saya terus siram kerana ada pokok pudina di dalamnya.

Then... selepas tak sampai sebulan... Inilah hasilnya...
 
Tu dia, terjulur-julur dia keluar dari polybag.  Itulah dia pudina.  It can spread very, very quickly.  That is why saya memang suka tanam pokok pudina dalam bekas atau in a contained space.  Actually, I should also learn to cook with daun pudina supaya boleh kawal kadar penyebaran pokok.  Setakat ni cuma tau buat mint tea je.  Sedap... and very refreshing!
 


Senjata seorang gardener

I have to admit... Selain daripada extreme weather dan diseases, pest can be very, very annoying and not to mention, heartbreaking.  Apa taknya...  Hasil yang kita tunggu-tunggu and belai-belai, alih-alih ada ulat or berlubang or gugur sebelum matang.  That happens to me, a lot.  Kadang-kadang tu rasa macam nak give up saja but setakat ni, I would usually try to figure things out; what to do to fix things up. 

 
Cer tengok mamat sekor ni (ntah-ntah betina but mehhh...).. Hensem je dia dok kat daun kacang buncis nih. I don't know what the scientific name for this pest, tapi we call it api-api.  Serangga ni memang suka makan daun cucurbits macam zucchini, melon dan tembikai.  Cara dia makan memang sangat interesting; dia buat bulatan.  Setiap kali saya masuk dalam garden, memang saya akan dapat penyekkan beberapa ekor.  One relieving thing about this api-api adalah, dia tak terbang laju.  Agak mudah untuk tangkap by hand.  Selain daripada itu, saya ada senjata - yang tak berapa ampuh tapi..boleh laaaa...
 



Actually, saya tak berapa pasti akan keberkesanan kedua-dua solution ini tapi this is my way of doing things as organic as possible.  Waktu pagi selepas siram pokok saya akan spray solution sabun+minyak pada pokok zucchini untuk kurangkan gigitan ulat and spray serai Wangi pada broccoli (yang dah penuh lubang-lubang) dan pokok-pokok tertentu.  Then, selang beberapa hari pada waktu lewat petang saya akan spray solution sabun+minyak pada buah tomato.  So far semburan ini dapat kurangkan serangan lalat buah. 

Selain daripada itu saya cuba tanam beberapa pokok yang boleh halau certain pests seperti marigold, borage, basil, mint, serai dan catnip.  Berkesan atau tidak, tu tak tau laa hehehe.. tapi at least, I have herbs in my garden. 

Hujan oh Hujan...



Selepas 3 bulan kekeringan, Allah akhirnya turunkan hujan.  Thank you Allah atas rahmatMu ini.  Untuk satu minggu, we received rain on and off.  Gembira sungguh pokok-pokok.  Within 2 days, rumput baru pun tumbuh berceracak.  Masalah jerebu dan debu-debu hitam juga selesai dan 2 hari berturut aku tak siram pokok dalam kebun, hehe…
Nevertheless, hujan yang lebat ni ada kesan sampingan dia, which is, ia memadatkan tanah.  I have 2 square beds in my mini garden and tanahnya agak exposed juga kepada hujan.  One of the beds tu, ada ditanam purple broccoli (tapi tak ghope broccoli pon), arugula (tak makan pon, saja buat enteprem) dan ada sepokok dua plants lain, while the other square bed tu aku tanam bawang ailsa craig dan burgundy, dan cauliflower, kesemuanya masih kecil lagi. 
Lepas kena hujan lebat, tanah dalam square beds jadi rata and agak keras.  I remember the last time the same thing happened.  Dok siram-siram tapi kenapa la pokok makin mengecut.  Rupa-rupanya, tanah yang keras padat tu dah membentuk satu lapisan kalis air.  Bila dipecahkan rupa-rupanya akar di bawah lapisan tu langsung tak dapat air.  So this time around, berbekalkan sebatang garfu, aku cucuk kembur-kemburkan semua tanah yang dah mula padat tu – being careful not to disturb the plants – and tambahkan lagi tanah potting mix and then siram gently.

Hopefully that'll make things better for the plants :)

Florence Fennels in their new homes


Selepas beberapa minggu dari last entry on pokok Florence Fennel, the plants dah pun keluar 2-3 real leaves.  Ada 4 pokok semuanya and I think it was time they found a new home.  Two of the fennels dah dipindahkan ke raised beds while the other two aku transplant di dalam bekas rectangular – which used to be a spot untuk super sugar snap peas – which now mostly dah arwah hahahah.  I am hoping, fennels ni boleh jadi deterrent plants untuk some pests.  Boleh ke?  Try je lah… ahaks.

Trying Times for Zucchini (again...)


Aduhai kesian betul dengan pokok zucchini black beauty ini.  Perhaps due to hujan panas yang silih berganti, daunnya jadi rosak.  Seperti yang kita sedia maklum, zucchini memang tak suka kalau daunnya kena basah.  Untuk elak dari berjangkit dengan pokok lain I trimmed all the infected leaves off.  Dah gonjeng macam mat rocker kapak kene caras rambutnya ahahahha… 
Not just that, ghopa-ghopanya, ulat pun dah datang bertakhta didaun-daun rimbun.  Terpaksalah aku jadi serial killer ulat tapi jumpa 2 ekor je and of course lah kembali kerahmatullah dua ekor tu.  Derang punya hal, abis bertepek-tepek najis ulat tu di daun.  And then ditambah dengan populasi serangga api-api yang tak pernah menyusut.  Dok main kejar-kejar aku dengan derang.  Aduhaii…

But it’s alright.  Ini semua adalah cabaran and I try to learn something from this.  Hang in there ok my dear zucchini…

Bootylicious Young Beefsteak Tomato




Ini lah pokok beefsteak tomato saya yang pertama dan buah tomato ni adalah among the early crops Alhamdulillah… and subhanallah, cantik lah buahnya.  Macam bentuk labu pun ada.  This is the red beefsteak variety so, insyaallah akan berwarna merah bila masak.  As for the size, saya tak tahu how big the fruit can get. Well, we’ll see.  Tapi kalau besar sangat, sakit jugak dahan pokok nak tampung, so terpaksalah saya ikatkan.  Ini pun dah kekurangan stakes untuk tomato besar. 

Takat ni hanya beefsteak tomato je jenis tomato besar saya yang dah berbuah. Jenis lain iaitu mortgage lifter dan pineapple, masih tinggi sekaki (dah baru dipindahkan ke dalam pasu) manakala purple Cherokee masih lagi seedlings.  So I guess I have time to find stakes.

 
Anyways, I am keeping my fingers crossed and of course, berdoa mudah-mudahan dapat hasil yang bagus.

Thursday, 27 March 2014

Pokok Rhubarb

Pokok rhubarb ni berusia 3 bulan kot and baru saja berpindah pasu dalam 2 minggu lepas.  Rhubarb as far as I know bukan la pokok native kepada kawasan rendah Negara kita, tapi yes it can grow.  Notice that batang rhubarb ni hijau and tak merah.  Ini disebabkan oleh cuaca Malaysia yang panas.  Kalau musim sejuk batang dia bertukar warna kepada warna merah.
Rhubarb boleh dimakan and rasanya masam.  Biasanya orang buat pies or kalau orang melayu, kita boleh campurkan dalam masak lemak. Hanya batangnya sahaja yang dimakan kerana daunnya adalah toxic. 
Oleh kerana sifat toxic daunnya (kot) saya perasan yang pokok rhubarb ini langsung tidak disentuh oleh pest.  Hatta semut pun tak sudi nak datang masuk ke dalam pasu. Haaa… bagus lah.. suka aku.  Lagi satu, I notice that rhubarb ni sangat cepat tumbesarannya. Within 3-4 days akan muncul daun baru.  Pasu ni adalah pasu sementara untuk rhubarb ni sebab saya dah rancang nak tanam pokok rhubarb ni direct in the ground once it’s grown too big for the pot – kalau panjang umurnya laa… hehehehe…


Today's harvest - March 28, 2014

 
Tuaian hari ni, very very frugal hehehehe. Hanya some yellow pear tomato dan 4 batang kacang buncis.  Oh ye, saya lupa nak petik golden Marconi pepper dan shishitou pepper.  Esok lusa lah kalau rasa nak makan.
Back to the yellow pear tomato: so far they are the vigorous producers.  Ada saja yang buah yang baru, setakat ni and we are enjoying them so much. Sedap.  Tapi kami tak de la rajin petik hari-hari.  We just pick what we want to eat there and then; petik cuci and terus makan. Kalau tak rasa nak makan kami biarkan je kat pokok selagi boleh, kadang-kadang sampai ranum sangat-sangat.  Semalam my bro in law jalan-jalan di tepi pagar kebun saya and petik a few of the ripe ones and had them for breakfast. Alhamdulillah, rezeki mereka semalam.
Pokoknya memang rajin betul menjalar and saya kena la rajin ikat-ikat kiri kanan supaya tak patah.  As for the harvest, saya tak tau berapa lama pokok ni akan berbuah, tapi selagi dia masih hidup elok Saya akan terus jaga, insyaallah…

Wednesday, 5 March 2014

Garden Update March 5 2014

Lepas balik dari betulkan 4wd ayah, lepak kejap dalam garden sambil berviber dengan my sisters.  It is such a great feeling lah being in my garden. I think I have found my absolute inner peace (chewahhh)...in gardening.  It is like finding myself gitu.  Anyways, these were the pictures I shared with my sisters in our group chats.

 
 
This is the shishitou pepper.  Kalau di tambah dalam sayur tumis, sebiji-sebiji memang sedap rangup krup krap.  Tak pedas pun lada ni and kalau pedas confirm la menangis orang-orang Jepun nak makan kan.  Oh ye memang saya bungkus dengan kain net to protect from fruit flies/melon flies. Agaknya tengah musim bertelur kot.  Once they inject telur kat dalam tu it is OVER.  


This is Cubanelle pepper (supposedly tapi kalau tengok pictures online cam lain je, tapi saya tengok gambar pepper yang dah mature lah).  Growth rate is fast!  Bentuknya bengkok sebab saya lambat tukar pembungkus - the previous pembungkus kecik je sebab tu hujung lada tu terbengkok dalam usahanya untuk memanjang.  But it is OK lah, takde hal punya, asalkan selamat dari serangan fruit fly.  I am not sure how big this cubanelle can get so I'll have to do a bit more research on it.


The yellow pear tomato.  Alhamdulillah, sekarang memang tengah banyak juga la yellow pear tomato.  We'd just go and pick every time rasa nak makan.  Suka kalau tomato ni ditumis bersama sayur or asam pedas etc.  Sedap betul flavour dia tak macam tomato yang beli di kedai.  Mungkin sebab dibiarkan ranum di pokok.  Alamak.. kena petik la tomato yang dalam gambar ni.  Semalam syok snap-snap gambar lupa nak petik yang dua ekor nih.  Dah ranum sangat nampaknya. 

For my tomatoes, since saya tak dapat nak bungkus (tak practical lah), saya terpaksa sembur dengan cecair campuran sabun+minyak sebagai pest deterrent.  So far, it works and yang penting, it is organic.  Memang lah ada tomato yang kena serang tapi setakat sebiji dua saya tak berkira sangat.  Somehow kalau nak makan, walaupun Nampak cantik flawless, saya tetap akan potong dulu sebab takut termakan ulat hehehehehe...

Also, ulat-ulat yang saya jumpa dalam harvest saya akan hapuskan untuk mengurangkan kadar pest dewasa.

Borage. Borago Officinalis. Starflower. Bunga Bintang

Can't remember how I came across this flower online.  Tulah, rajin sangat browse sana sini kan.  Reading about it got me interested and I found the seeds sold online.  To get it to germinate agak mudah; within a few days dia dah cambah.  Dalam dictionary gardening saya, Borage saya kategorikan sebagai medium lah sebab mengambil lebih dari 3 hari baru nak cambah.  Below ada lah gambar borage sprout.


Comei je rupanya.  Borage suka good drainage soil.  This size, I would water quite frequently.  Anyways, this particular plant dah mati.  Lupa sebab apa.  By my main mistake masa mula-mula belajar menanam adalah saya tidak sabar.  I should have let the plants to grow a few real leaves dulu baru la nak transplant and itu pun, kena harden dulu a few days.  Lesson learned.  hehehhee...Somehow, I did not give up. If at first I did not succeed, cuba lagi and as much as I could, I try not to regret or be sad for too long, I just move on and keep trying.  And Alhamdulillah... Berjaya juga tanam borage dalam kebun.

 
 
Tadaaaa... Ini lah dia borage yang survive dalam kebun (sila abaikan rumput rumpai semak samun in the background ya).  In the beginning masa lepas transplant, masa tu dia adalah 5-6 daun gitu, berbulu2 tajam. Agak bimbang juga sebab takut dia tak tahan dengan cuaca panas dalam kebun.  Pada waktu tengahari terik dia kecut jek. But akhirnya.. viola!  Keluar bunga yang cantik bertukar warna dari pink kepada biru.  Best betul.  The only thing is that, kecik betul la bunganya.  Bunga dia kalau kita cabut, rupanya macam di bawah ni.
 
 
Cantik bunganya. Blue.  Kalau di Negara kita Malaysia ni, saya rasa macam jarang nak jumpa bunga warna brilliant blue macam ni.  I love it! Oh ye, setiap kali petik bunganya saya akan makan bunga ini.  Rasanya manis and it has cucumber flavour.  From my reading, borage leaves and stems are edible, tapi tu la, berbulu-bulu texturenya.  I hope to get them to seed. 
 
Aside from its beauty and taste, borage ni adalah companion plant yang bagus.  It attracts bees.  Memang seronok. I need those bees to pollinate my tomatos and squashes.  And lagi satu, borage ni so far tak de pest sangat, cuma saya kena occasionally check underneath the bottom leaves in case there are snails taking refuge and makan my other seedlings newly grown in the garden.
 
Bila ditanya apa nama bunga ni, saya cakap, 'bunga bintang'.  Ye lah, takkan nak cakap kt mak ayah saya yang tak reti speaking English 'oh, ini bunga Borage or Starflower' hahahha. Asalkan maknanya sama. 
 
A Keeper!!!