Kasihan anak-anak pokok melon ini. Bersesak-sesak dalam cawan polistrin yang kecil. So tadi petang berlakulah dialogue ini:
Ayah: Tempat dia kecik sangat tu. Kamu kena pindahkan.
Aku: Alah.. tak rasa nak pindahkan kat kebun belakang. Nanti tanam je, terus kena makan dengan 'api-api' macam pokok hami melon tu (seriously, kalau korang tengok pokok hami melon saya, mungkin korang suruh saya bunuh je sebab sangat siksa tengok pokok tu cuba hidup dengan diserang ulat kiri kanan, daun berlubang-lubang aduhaiii)
Ayah: (berfikir sejenak) kamu tanam dalam bekas besar macam ni (dia gunakan isyarat tangan) lepas tu kamu letak di sini (di tepi rumah saja)
Bagus juga idea ayah tu. Actually, dalam hati sungguh gembira sebab ayahku nampaknya 'pay attention' dengan my gardening effort setelah dia nampak sendiri kesungguhan aku dan hasilnya (walaupun cenonet secoet je) dan in fact dia dah dua kali datang ke garden patch aku dan kidnap tomato-tomato kuning dan merah aku untuk dimasaknya; Alhamdulillah, I am so happy.
Thinking...thinking...thinking...Hm...polybag dah ada.., cuma nak cari Tanah hitam yang best di nursery. Hari tu stok dah habis. Kena tunggu stock ada. Sabar ya melons.
Dan aku beli benih ini kerana ayah suka makan melon (of course he doesn't know it). Aku teringat betapa aku beriya bawak balik melon dari Jepun (sampai penyek sekerat kena himpit dengan baju2) kerana ayah suka makan buah ini.Anyways, kalau lah ada rezeki, buahnya macam gambar di bawah ini, insyaallah.
No comments:
Post a Comment