Tuesday, 25 February 2014

Bunga Tomato: Beefsteak vs Yellow Pear

Buat masa ini, saya ada menanam 6 variety tomato iaitu regular tomato, yellow pear tomato, beefsteak tomato, pineapple tomato, mortgage lifter tomato dan purple Cherokee tomato.  Pada masa ini, hanya 2 sahaja yang dah mengeluarkan hasil iaitu regular tomato (saya tak tau apa varietynya sebab benih beli di Tesco) dan yellow pear tomato.  They are doing well so far.  Then Beefsteak tomato baru sahaja mengeluarkan bunga yang pertama.  Wahh I am so excited.  As a newbie, saya baru belajar tanam tomato and ini lah pertama kali saya Berjaya (setakat ini) mendapat hasil tomato (before this, pokok tomato yang saya tanam mati sebelum mengeluarkan hasil).  Alhamdulillah.

Perhatikan bunga tomato beefsteak ini

 
Bunganya agak besar sedikit tetapi jumlah bunganya tidak banyak; hanya 3.  Walaubagaimanapun, ini adalah jambak bunga yang pertama so I may see more flowers dalam gugus yang seterusnya.  Lagi satu, pokok tomato beefsteak kelihatan lebih besar.  Mungkin tanahnya lagi subur kot?  Dan juga bekasnya lebih besar (pasu kedai dua hinggit)
 
Bandingkan dengan bunga tomato Yellow pear di bawah:
 
 
Ada lebih banyak Bunga dalam gugusnya dan definitely bunganya lebih kecil.  Dan kebanyakan gugus yellow pear tomato ada 4-6 biji tomato yellow pear.  Saya juga perasan yang setakat ni tomato yang saya tanam terus di tanam kelihatan lebih besar dan sihat.  Pokok tomato yang saya tanam dalam bekas minyak masak agak kecil sedikit.  Menurut kata ayah, tanahnya kurang.  Ye lah yelah.. nanti orang beli la pasu kat kedai dua hinggit tu hehehehhehe....

Florence Fennel aka Pokok Adas

I failed in my first attempt at growing Florence fennel.  Dok semai-semai tunggu punya tunggu satu hapa pun tak muncul sampai habis semua benih.  Penat hokay?  Hahaha.. Then I bought new fennel seeds and terus semai dalam mangkuk pecah ini.  Dan selepas lebih kurang 2 minggu.. tadaaaa.... dah cambah dan keluar true leaf.  It's too tiny so tak berapa nampak clear. 

 
We'll see how it'll fare.  Mudah-mudahan umurhnya panjang.  Lagipun memang dah ada spot untuknya di dalam garden.

Jumbo Melon Seedlings: Nak pindahkan ke tak ni?


Kasihan anak-anak pokok melon ini.  Bersesak-sesak dalam cawan polistrin yang kecil.  So tadi petang berlakulah dialogue ini:

 
Ayah:  Tempat dia kecik sangat tu.  Kamu kena pindahkan.
Aku: Alah.. tak rasa nak pindahkan kat kebun belakang. Nanti tanam je, terus kena makan dengan 'api-api' macam pokok hami melon tu (seriously, kalau korang tengok pokok hami melon saya, mungkin korang suruh saya bunuh je sebab sangat siksa tengok pokok tu cuba hidup dengan diserang ulat kiri kanan, daun berlubang-lubang aduhaiii)
Ayah: (berfikir sejenak) kamu tanam dalam bekas besar macam ni (dia gunakan isyarat tangan) lepas tu kamu letak di sini (di tepi rumah saja)
 
Bagus juga idea ayah tu.  Actually, dalam hati sungguh gembira sebab ayahku nampaknya 'pay attention' dengan my gardening effort setelah dia nampak sendiri kesungguhan aku dan hasilnya (walaupun cenonet secoet je) dan in fact dia dah dua kali datang ke garden patch aku dan kidnap tomato-tomato kuning dan merah aku untuk dimasaknya; Alhamdulillah, I am so happy.
 
Thinking...thinking...thinking...Hm...polybag dah ada.., cuma nak cari Tanah hitam yang best di nursery.  Hari tu stok dah habis.  Kena tunggu stock ada.  Sabar ya melons.
 
Dan aku beli benih ini kerana ayah suka makan melon (of course he doesn't know it).  Aku teringat betapa aku beriya bawak balik melon dari Jepun (sampai penyek sekerat kena himpit dengan baju2) kerana ayah suka makan buah ini.Anyways, kalau lah ada rezeki, buahnya macam gambar di bawah ini, insyaallah.
 


Parris Island Romaine Lettuce in their new Home

Saya dah beberapa kali cuba untuk menyemai benih salad and before this, NOTHING happened.  Benih beli di Tesco, benih beli online from bloggers...Nothing.  Macam-macam cara saya cuba and tak satu pun germinate.  But I did not give up until I bought this seed - Parris Island Romaine Lettuce, gambar di bawah.



Ini tak tahu lah samada jenis lettuce yang orang letak dalam nasi ayam but lebih kurang sama lah kan.. So, tanpa menaruh apa-apa harapan, saya semai benihnya and after only THREE days, they all germinated.  Alhamdulillah!!!  And after dah keluar 2 true leaves, I transplanted 6 of them to their new home. 

 

 
Ada lagi 6 seedlings yang masih dalam germination pot - I will decide later on where to put them - and so far, all of them masih lagi saya letakkan di tempat teduh.  Sekarang ni pulak musim panas dan kering, lagi la saya tak rasa confident nak letakkan mereka di open space.  Hm... perhaps in my mom's plot?  Doa-doalah mereka akan hidup sihat segar bugar.  It's actually a treat for my dad yang memang suka makan daun salad bersama kuah kacang.


Monday, 24 February 2014

Purple Vienna Kohlrabi



Pernah makan kohlrabi?  It's a brassica family member and antara kohlrabi yang popular adalah purple Vienna dan white Vienna.  Saya beli benihnya last year and from the seeds yang saya semai, 4 telah Berjaya membesar.

 

 
Dan ini lah rupa kohlrabi yang saya cabut dari kebun mini saya minggu lepas bersama-sama dengan kacang buncis and jalapeno pepper.  Dan makluk berbulu dalam background tu, takde kena mengena dengan harvest ya.  Saja je minah tu sibuk enteprem hahaha...
 
By the way, this one is the purple Vienna variety and mind you, itu lah kali pertama saya makan kohlrabi and my verdict is... DEFINITELY TANAM LAGI. I think tanam kohlrabi tak susah and juga tak banyak musuh.  Ada la ulat gigit daun-daunnya tapi saya tak berkira sangat tentang itu kerana yang kita nak makan adalah batangnya yang membentuk bola tu.
 
Dalam gambar ini, kohlrabi yang saya cabut ini bersaiz sebesar bola golf but actually it can grow bigger.  But they say that the longer you let it grow, the spicier it will taste.  Yang saya harvest ni just nice rasanya.  Macam broccoli pun ada. 
 
Sekarang sedang order benihnya and kalau anda berminat nak beli benih kohlrabi bila dah sampai stocknya sila lah visit my other blog belibenihonline.blogspot.com ya.  Saya pun tak sabar nak semai lagi benih kohlrabi and this time saya nak tanam both purple and white ones. 
 


Pepper Protection Hobo Style


Sila jangan betulkan skrin anda kerana ini bukanlah pokok krismas.  This is my jalapeno pepper plant.  Kesian pokok ni.  Daunnya dah pun menguning sikit - saya tak pasti kenapa.  Adakah kerana musim yang panas or Tanah yang bermasalah?  I have yet to figure out. 

Perhatikan bungkusan berwarna-warni yang diperbuat daripada kain. Yep, saya dah bungkus cili-cili yang ada.  The first two jalapenos saya telah digigit penyengat buah.  Bila belah je buah cilinya ada ulat kecik-kecik.  Since saya tak nak guna racun, I have decided to wrap the peppers.  Maka gigihla mak menjahit perca-perca kain yang ada dalam simpanan - ya, saya juga tukang jahit pada waktu lapang so that explains the perca-perca yang warna warni. 

To be honest, saya tak tau samada ini akan menghalang penyengat dari menyerang tapi I think it worths a try.  Dan saya juga berharap bungkusan ni tidak akan mencederakan atau mengganggu kualiti buah lada since some of the wrappers adalah lutsinar maka pepper ni tetap dapat sunlight dan good air flow.  Kita lihat saja lah la hasilnya. 

Actually, ini adalah salah satu daripada pokok cili yang ada di mini garden saya.  Selain daripada jalapeno, pepper plants lain yang juga sedang mula berbuah adalah sweet Marconi, cubanelle, shishitou and purple bell.  They also look like Christmas tree hahahaahahhaa..

Keeping my fingers crossed.

The peppers and Golden Marconi


Benihnya saya beli tahun lepas dari seorang blogger.  Nama pepper ni sweet Marconi.  Actually saya tak tau saiz sebenar lada ni and amat terkejut sekarang lada ni dah sepanjang 6 inci dan according to my reading, it can grow up to 8 inches.  Sorry dalam gambar memang tak kelihatan besar tapi nanti lah, kalau dah dapat petik saya akan tunjukkan perbezaan saiznya dengan lada biasa and I think kalau tanahnya lagi subur mungkin saiznya akan lagi besar.

Sweet Marconi, like the name indicates, adalah manis and pada skala Scoville 0 which means, tak pedas langsung.  So kalau nak buat sambal belacan memang tak sesuailah.  Buat salad mungkin sesuai? Warnanya memang light green and bila ripe akan berwarna kuning.  I can't wait to harvest my first Marconi.  Buat solok lada memang perfect, insyaallah.

Bertabahlah wahai Zucchini ku

One of the vegetables saya sangat nak lihat hasilnya dalam kebun mini adalah zucchini.  Kepada sesiapa yang mungkin tak pernah dengar tentang sayur ini, bentuknya seakan timun/labu air.  These days, ada zucchini ada bermacam bentuk dan warna.  The longer you leave in the fruit to grow, the bigger it gets. 

Zucchini di bawah adalah pokok yang entah ke berapa saya tanam; mungkin yang ke-5 kot.  Tak sure lah, anyways, this time around, kerana sekarang tiada hujan, the plant seems to thrive - asalkan saya siram tanahnya.  Oh ye, zucchini tak suka kalau pokoknya kena air sebab boleh rot.  Lagi satu, humidity yang tinggi boleh sebabkan serangan mildew.  Anyway, so masalah berikut tiada pada waktu ini, tapi I am not out of the woods yet... sekarang masalah yang timbul adalah serangga penyengat yang suka serang cucurbita plants.  Putik-putih zucchini habis di gegetnya.  Suka hati kau aje yek...



If you notice, ada brown dots and spots hasil gigitan penyengat buah kot pada bunga betina ni - saya tak pasti apa nama binatang tu.  Akhirnya, bunga betina jadik kecut and hodoh dan saya terus patahkan dah buang so that the plant can focus on giving out more bunga betina.  Oh ye, bunga betina zucchini memang berbentuk macam putik and it will become fruit. 

Then tak lama lepas tu (the day after this pix was taken) pucuk zucchini pulak patah.  Yang ni saya tak pasti samada disebab kan saya yang careless siram kena pokok sampai rot atau ada squash vine borer yang dok mengorek batang, sebab saya terus patahkan dan buang.  And tempat patah tu, saya tepek dengan Tanah - seriously I did not know what I was doing but apparently it helped cure the plant.

As of today, Alhamdulillah, pokok zucchini saya masih hidup - I am a bit more careful this time when watering dan ada dua bunga zucchini betina yang sedang nak membesar, tapi tiada bunga jantan.

In the mean time, bertabahlah wahai aku zucchiniku

Wednesday, 12 February 2014

Little Peek-A-Boo of my garden Feb 8 2014

Ini lah some of the pics taken from my garden last Saturday.  Things were looking great so far.


This pepper, after consulting a blogger friend is jalapeno.  Jalapeno adalah one of my favourite peppers.  Dulu masa dok USA saya selalu guna jalapeno peppers untuk masak sotong tumis.  Absolutely loving the flavour.  Kenapa saya selalu beli jalapeno peppers masa di USA?  Simply because the peppers were in abundance and were also cheap :).  Tetapi, di Malaysia tak selalu sangat jumpa jalapeno ni.  Kalau ada pun, biasanya di jual di pasaraya posh such as Jusco, Tesco etc.  Kat kedai runcit Pak Samad?  Ko jangan harap lah!  This is the first pepper hehe and insyallah kalau ada rezeki akan saya harvest soon and of course, buat tumis sotong!!! 

Oh ya,  I did mention that I had to ask a friend it this was Jalapeno.  It was simply because, masa saya transplant the peppers, saya juga transplant sekali cili Jepun Shishitou dan saya LUPA nak label.  In time, saya dah lupa yang masa satu pokok pepper Jalapeno dan yang masa satu pokok pepper Shishitou, since to me, pokok pepper agak serupa je antara satu sama lain.  Talk about labelling, I have a couple of pepper plants that I'd forgotten to label.  So, kena tunggu la keluar buahnya, baru tau.  As of now, saya sedang tanam beberapa varieties of chili peppers, antaranya adalah sweet Marconi, Jalapeno, Purple Bell, Cubanelle, Shishtou, Orange Habanero, Red Savina Habanero, Bhut Jolokia dan Hot Cherry Bomb. Most of them dah mula keluarkan bunga kecuali the habaneros, Bhut Jolokia dan Hot Cherry bomb yang masih kecil.  Then the Scotch Bonnet dan Carolina Reaper belum cambah lagi.  Insyaallah, kalau ada rezeki membesar, saya akan snap gambarnya.


Next adalah sawi.  Sorry saya dah lupa apa varietynya.  Benihnya saya dapat percuma (benih kongsi) daripada En. Iskandar tanamsendiri.com.  I haven't yet harvested any of my sawi.  Actually, tumbesaran setiap sawi saya tak sama.  Ini adalah yang paling besar: ada 3 yang dah besar dan boleh harvest.  Nanti la kalau rasa nak makan megi boleh boh sawi sekali kan? Ahaks.  Notice that warna daunnya dark green. I think it's the Baja organic Tesco yang saya gunakan.  Basically, saya akan bancuh Baja organic Tesco tu dalam air dan siram and hasilnya pokok daun-daun jadi menghijau cantik je.  Sawi ni berkongsi bed dengan arugula, kohlrabi, celery dan parsnip.  So far so good.

 
 
Nampak cantik bulat-bulat tomato ni.  Yang ni tomato biasa kot?  Benihnya saya beli di Tesco rasanya.  Tak tau la samada tomato ni jenis kecil ke apa, but it's OK.  At the moment, tomato saya yang sudah mengeluarkan buah adalah tomato biasa ni dan tomato yellow pear and both varieties masih green lagi - sorry terlupa nak snap gambar pear tomato.  Manakala tomato beefsteak baru sekaki tinggi, and doing well, while tomato Mortgage Lifter dan tomato Pineapple baru lagi seedlings.  When it comes to tomato plants, saya selalu ada this fear - my experience in growing tomato (which is not much hahaha) selalunya berakhir dengan tragedy: pokok baru nak besar or baru nak berbuah or baru berbuah sekali then poof.. mati macam tu je, wilt and die.  I am praying that this time around the plants will be well.  Aminn...
 
 


OK, last but not least, mint or pudina.  Herba mint ni saya ambil dari pasu pudina yang saya trim - pudina kena selalu trim untuk menggalakkan pertumbuhan daun yang baru - dan saya tanamkan dalam polybag yang saya tanam pokok hami melon, kononnya sebagai companion plant.  Unfortunately, pokok hami melon dah mati sebelum dapat keluarkan hasil, makan tinggallah pudina sengsorang nih.  Never mind, saya akan tambah lagi Baja dan saya akan tanam tomato dalam bekas ni.  Ok tak?

Next time insyaallah saya cuba snap gambar-gambar lain pulak.  Salam.

Tuaian hari ini - green beans a.k.a kacang buncis, bendi merah dan green tomato


I am always happy when I get to harvest something from my hobo garden.  Today I harvested some green beans from my 3 plants.  Actually, dah lama tanam but growth was slow and stunted the first few weeks due to err.. partial neglect and ignorance.  Lama la jugak nak revive the plants selepas transplant ke area yang lebih subur.  Anyways, harvest hari ni for green beans adalah yang kedua.  Tiga pokok menghasilkan around 7 beans.. I figured, untuk hasil yang cukup untuk satu hidangan, I would need around 6 plants kot?  What say you reader?

Then lihatlah that beautiful red bendi.  Cantik macam lipstick.  This is my first time growing bendi merah, actually, first time growing bendi.  So far, pokoknya cenonet je.. Lambat sungguh nak besar, both yang ditanam dalam bekas and di Tanah.  Kenapa ya?  By the way, bendi merah rasanya tak berbeza sangat dengan bendi hijau.  Cuma bendi merah akan kehilangan warna merahnya apabila di masak.  I only have 2 red bendi plant. See?  Tak cukup untuk buat masak kari dengan ikan  haha.

Then there is the tomato.  Green lagi.  No I did not pick it.  I saw it already on the ground.  Apparently it fell or mungkin kena terjah dengan kucing kot.  Nak buat apa ya dengan green tomato nih?

Apapun, terima kasih Allah atas rezeki mu.

Thursday, 6 February 2014

Green Introduction

Hai all, Assalamualaikum semua...

Ini lah dia, my first few trials at blogging.  Why do I blog?  Simply because it's sometimes easier to talk with my fingers and much more fun to share a bit of this and that to readers, whoever you may be, especially in gardening.

I have a small garden, adalah sebesar kangkang kera.  It's been up and around, developing for almost 2 months now.  Lots of ups and downs and success and failures but overall, I am happy.

Hari ni masuk dalam garden, like I always do daily, only to have a bit of grrrr... pokok kangkung dalam square box dah agak penyek and in one empty patch (this patch mak dah plan nak transplant onions) sudah ada kesan scratches dan ada sikit2 bau kencing.  Sah... kucing dah masuk and had a hay day earlier today.  Kalau wa dapat kucing tu.. mmg wa mandikan dengan sabun bagi Wangi baru dia tau - hehhehe... eh, jangan ingat saya anti kucing, actually saya pencinta kucing and have more than 10 living in the house. 

Takpe lah tu, the damage was minimal - syukur my catnip plant tak patah dua dikerjakan..  Tapi satu parsnip dah kena tiau dengan kucing nakal tu, maka terpatahlah daunnya.. geram punya pasal, terus cabut parsnip yang malang itu.. alahai cenonet lagi akarnya baru sebesar ibu jari.  Sebenarnya, saya tak perlu risau pun sebab daun yang patah akan berganti dengan shoot baru.  Geram punya pasal kan.. plus, I was curious hehehehhe...Still, I'll cook it tomorrow selepas semalaman dalam crisper.  Nak masak apa ya dengan parsnip nih?


On a positive note, my zucchini yang baru dipindahkan ke atas dirt mound dah mula nak thrive - all this while duduk dalam pot dia sungguh tak suka. Am quite happy bila tengok daun barunya agak besar and berwarna rich green.  Ya Allah, kurniakan lah hambamu buah zucchini.  Teringin sungguh nak masak. 

Gambar?  Adoi takde gambar lagi.. Takpe lah, amik yang ni sebagai hiasan hehehehe...

Parsnip hollow crown saya yang berumur 2 bulan.  I think paling awal pun April lah kot kalau nak cabut.. Mudah-mudahan ada rezeki saya.  Aminnn...