Wednesday, 17 December 2014

Sayangkan anak ditangan-tangankan. Sayangkan kucing...?


Ini adalah pemandangan bisa di rumah saya.  Pantang ada tisu, tak kira lah tisu kotak atau tisu gulung, semua bolehhh je.  You leave your tissue, 5 minit.. siap lah jadi roti kirai!  Nak marah pun tak berbaloi lah...


Tak tau lah sapa punya kerja tapi I am very sure yang pesalahnya adalah antara tiga ekor (atau ketiga-tiga sekali) samdol badigol sood nih:

AnnaMaria

Tabby & Michka

Ketiga-tiga kucing di atas adalah kucing saya yang muda - Umur bawah setahun.  Tabby dan Mischka dah nak setahun, while AnnaMaria dah 7 bulan.  Actually bukan exact age - sebab they were stray kitties that I found earlier this year.  It was their vet yang bagi approximate age.

Anyways, ni bukan pasal umur lah.  It's just, rentetan dari peristiwa hari ni (yang saya tepekkan di atas) dan banyak lagi peristiwa lain.. got me to think.. that kucing-kucing zaman sekarang ni memang lain macam nakalnya!  Dulu-dulu kucing-kucing saya tak macam ni.  Kalau ikutkan, si Tabby dan Mischka especially, dah dewasa but masih lagi hyperactive.  Tak larat sangat kalau derang dok frolicking satu rumah.  macam nak roboh dibuatnya!

And they seem to have characters yang interesting and they have skills ntah apa-apa!  But they are my babies and I would not have it any other ways!


Sunday, 14 December 2014

My Meju

Oleh kerana Gochujang yang dijual di Korean marts ni banyak yang ada alkohol, saya buat keputusan nak cuba buat Gochujang sendiri (kononnn laaaa).  Ada a few recipes for homemade gochujang - yang express, gluten free, etc.. tapi saya sangat teringin nak buat gochujang yang authentic. Saya sangat curious nak tau macamana rasanya gochujang yang nenek-nenek Korea buat tu.  Adakah lebih sedap daripada yang dijual di Jusco?  So saya cuba cari resepi di internet dan based on my reading, bahan asas buat gochujang tradisional adalah:

1. Meju powder
2. Barley malt (orang Korea pangging Yeotgirem)
3. Korean red pepper powder (of course laaaa)
4. Pulut or tepung pulut
5. Rice syrup
6. Garam (sea salt)

(Ingredients and recipe from www.maangchi.com dan a book called "Functional Food of the East")

So, with my sister, I went to a Korean mart di Ampang.  We went to a few marts dan for me, yang paling saya suka adalah Galaxy Korean Mart di Galaxy Ampang sebab lebih banyak barang dan  harga barang agak OK la juga berbanding Jusco.

I was able to find all the ingredients EXCEPT for MEJU powder.  Adehh... Punyalah bersemangat nak buat Gochujang tapi satu ingredients tak cukup uhuk uhuk..

Nak beli Meju powder online memang boleh tapi harga mahal gile.  Mak tak sanggup!  So I decided to make my own meju.


Taraaa...  OK, kalau diikutkan, the normal meju block should be about 1Kg kot, tapi being a pure rookie, saya buat kepal kecil-kecil dah la.. sebab tak tau apa nak expect.  I made into square and round shapes.  Jerami padi memang takde, aduh.. Satu lagi cabaran.  Jadi saya guna daun lalang - macam nak buat doujiang (from my reading), so mungkin tak jadi meju ori lah.. anyways..


My meju hanging by the window.  As of now, dah nak masuk minggu ke-3.  Dah keras-keras semuanya - Alhamdulillah tak berulat berlalat bagai.  From my reading, sepatutnya ada bau 'ammonia', a fermenting smell.  So far, ada lah bau, a bit pungent tapi tak lah kuat langsung.  No idea what it's supposed to smell like.  As for fungal growth, I can see white, black and orange kulat.  Erkk...


Doenjang jjigae.. With tempe, dried shiitake mushroom, garlic, onion and green onion.  Very refreshing.  Sinus pun boleh clear kalau makan sup nih.  Terbaekk!

MEJU, the stinkingly precious soy blocks.

Meju adalah fermented soybean blocks.  Traditionally, Meju dibuat pada bulan 10-11 setiap tahun.  Dan prosess pembuatannya mengambil masa lebih kurang 2 bulan.

Description Korean bean curd-Meju-01.jpg

Saya tak pernah pergi Korea (not yet) dan tak pernah lagi tengok in real life macamana Meju nih.  Tapi from my reading, basically,. prosess pembuatannya bermula daripada kacang soya yang direndam semalaman dan dicuci. Kemudian kacang soya akan dikukus/rebus sehingga masak.  Setelah itu, kacang ditumbuk - tak halus sangat dan tak kasar sangat dan kemudian dibentuk jadi blok or bola or donat shape, bergantung pada region.  Then, blok kacang soya diikat dengan jerami padi dan digantung.

Jerami padi adalah bahan penting sebab ia mempunyai kulat tertentu yang diperlukan oleh blok soya untuk ferment.  Lepas tu, blok dikeringkan dan di ferment.  It's a very delicate process. Perlukan commitment lah.  At some point, kena gantung kt luar bagi kena matahari dan udara and at some points, kena dalam well ventilated room beralaskan jerami padi. The whole process takes approximately 2 months gitu.

I cannot say for sure what is the ideal temperature untuk dapat kan hasil yang betul.  Tapi since orang Korea secara tradisinya buat meju pada bulan 10-11, lepas harvest kacang soya, I suppose masa tu tak panas sangat lah kan?  The reasons why ada masa meju kena letak dalam bilik hangat.

SO kalau kat Korea ambil masa 2 bulan, kalau kt Malaysia yang maha panas ni agak-agaknya ambil masa berapa lama?  Adakah akan menjadi?

Kegunaan meju

Meju adalah antara bahan untuk buat Korean chili paste (Gochujang).  Sapa-sapa yang biasa dengan Korean food mesti familiar dengan Gochujang ni.  Gochujang ni banyak dijual di Jusco tapi kalau nak beli, pengguna Muslim kena baca bahan2nya sebab ada yang dicampur cooking wine.  Bab cooking wine/spirits ni ada pelbagai pendapat.  Tepuk dada tanyalah ustaz.  Or, cuba lah buat sendiri.. hehehehe... (saya mungkin akan cerita pasal homemade Gochujang nanti)

Meju adalah bahan UTAMA untuk buat Doenjang.  Doenjang is generally Korean bean paste.  Sapa yang tak tahu, pada saya lah, Doenjang ni mengingatkan saya pada Tauchu dan Miso.  Tapi generally speaking, doenjang ni lebih close to Miso (makanan orang Jepun) kerana kedua-duanya diperam oleh Aspergillus Oryzae (ni bakteria ke fungi ah?).  Cuma, dalam Miso, cuma adalah Asp, Oryzae saya, tapi dalam doenjang ada pelbagai lagi mikroorganism (yang didapati daripada rice straw)

Meju juga adalah bahan utama untuk buat ganjang, the Korean soy sauce.  Meju blocks are soaked in air garam. CIli kering, arang dan kurma merah ditambah dalam rendaman untuk penyedap rasa dan untuk rid of bad bacteria.  Lepas at least 2 bulan, bahan pejal dikeluarkan dan diperam lagi di bekas lain jadi doenjang manakala yang air jadi kicap (kena peram lagi)

K-Popped!

Lama sungguh tak jengah blog dan menulis.  Entah lah.  There have been a lot going on lately, tapi these days (err...actually, at this age) saya lebih gemar membaca daripada menulis.  Dulu bukan main lagi berdiary bagai hahahhaa...

Today nak cerita pasal KOREA.  OMG.. saya pun dah terpengaruh?  Well.. not like most youngsters yang dok minat artis lelaki Korea bermuka jambu ala porselin tu.. No no no.. Drama Korea pun saya tak berapa nak layan (takot hooked sebenarnya hahahaha).

Actually, ada rancangan korea yang saya suka tonton dan mostly adalah dokumentary tentang kehidupan, environment dan masakan.  Antara shows yang saya suka adalah Screening Humanity, Korean Dining and Cuisine, Tasty Road dan KBS Panorama.

Persamaan antara semua shows yang saya listkan tadi adalah they all show food.  Yes, saya suka dengan masakan Korea.  Nampak macam healthy: less oily, lots of vegetables and seasoning yang best.

Ada beberapa ingredients masakan Korea yang dikategorikan sebagai 'Superfoods'.  They are Doenjang, Gochujang, dan Ganjang, just to name a few.  Maka, dengan umur yang dah semaking meningkat dan tahap kesihatan yang dah makin compromised ni, I decided to incorporate Korean ingredients into my cooking. Hopefully, boleh improve health macam nenek-nenek Korea tu...  Amacam?

Bibimbap

Bibimbap.. (credit to ajtuominen.wordpress.com 

Friday, 19 September 2014

Mamat dan baju barunya

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.  From China.  Comel tak?



Kenapa ya perlu di'apparel'kan binatang-binatang nih?  Not that they need to wear any - especially bila Allah dah kurniakan bulu as their permanent baju and this is Malaysia Negara yang panas.  I suppose, for my part at least, pet is part of family.  My cats are a big part of my life.  And I love them.  Kita bagi dia nama, kita pakaikan dia baju dan seluar.. to make them 'human' just like us.

My Mamat in its original baju.

Tomato: Kesabaran itu manis (kot?)

Tomato adalah satu daripada tanaman kegemaran saya; saya minat tanam tomato.  I have a few varieties (seeds lah hhahaha) in store and dok cuba tanam-tanam.  My luck has so far been iffy when it comes to yielding harvest.  Tang tanam tu OK but most of my tomato plants will be faced with problems lah - mealy bugs (mostly), ants, mildew, leaf borer, root rot, fruit fly..macam-macam lah and eventually mati.  I notice that yang boleh harap, hanyalah variety tomato cherry or kuning.  Yang kaler merah, tak berapa nak memberangsangkan.  Tak apa lah.. sedap juga.. 

A couple of weeks ago, saya semai 5 benih tomato dalam satu bekas (cawan polisterin), satu benih, satu variety: hillbilly, giant Belgium, pineapple, mortgage lifter dan purple Cherokee.  Selepas 5 hari, 2 benih sprouted - tapi tak tau which variety - and I thought, only 2 je lah yang bakal hidup tapi what do you know, lepas 2 minggu, tup-tup, muncul satu sprout.. heh?



Sila rujuk pada gambar di atas nih.  Ada satu sprout comel je yang baru muncul di celah dua anak pokok tomato.  So, para pembaca budiman sekalian, jangan jadi tak sabar macam saya.  Some seeds do take a loooooonnnng time to sprout, lelagi benih yang dah agak lama.

Yesterday, saya dah pun transplant 2 anak pokok tomato tersebut leaving this one lonely sprout dalam cawan.  Bagi dia space untuk tumbuh.  Dan lagi 2 seeds dalam cawan tu.. tak tau la nasibnya, mungkin dah terikut dengan dua anak pokok yang saya alih or mungkin masih ada dalam cawan nih.  We'll see lah..

Wednesday, 10 September 2014

A little fixer upper and garden update

Sejak Ramadhan lepas, I had been ignoring my plot.  Most of the vegetables planted dah takde dah.. Actually, sikit je pun hasilnya as it was my first attempt and loads of mishaps happened along the way - it's alright, I don't mind.  Come Syawal, my plot dah macam hapa dah... rumput rumpai nak cecah siku huhuhu... Pokok-pokok dah lama gone lah, such as tomatoes, cucumber (satu pokok je yang Berjaya berbuah), kacang buncis, kacang panjang dah selesai menghasilkan sayuran. Walaupun tak banyak, tapi it was enough for us.  Cili?  Well, I did not have much luck with them. Manjang kena inject dengan lalat buah, so last-last biar gitu je. 

Then sejak awal minggu lepas, kerajinan dah tumbuh semula dalam jiwa ini (ecehhh), so berbekalkan sarung tangan dua hengget beli kt kedai Sentai dan cangkul (cangkul ke???) dua hengget juga (So what, I am a fan of dua hengget items hik hik hik), bermula lah operasi meragut rumput.. and this is what my plot looks like now.. dah agak clear dah.. syukur...



Newly cleaned plot ready for the next gardening episode...  Tapi still unsure what to plant where...

Actually I still have a few pots in the plot.. gambar di bawah ini, serai yang saja ku cucuk dalam pasu bertanah bekas tanam apa ntah, mak lupe.. Alhamdulillah...  after a couple of weeks terus merebak dengan jayanya... Ada juga tabur Baja sikit.. Baja ni elok pulak, beli kat satu nursery ni.. satu kilo RM5 tapi kalau beli satu beg besar 15 kg dapat murah sikit lah perkg.  Bau Baja ni busuk wekkk.. tapi cepat hancur and pokok elok je gemuk..  Ohe thing though, serai kalau tanam dalam bekas kena rajin siram, sebab dia cepat layu...  at least, once every 2 days.  Serai consume banyak air mungkin?


Actually, this is the second pot of serai yang dah besar.. The first pot dah bagi kat adik... I sold the whole pot for RM2 - soh dia bayar duit pasu jadik lah...and the serai yang kt atas ni akan ku bagi kt adik lagi sorang... senang tak payah beli kt pasar, kan?  I have another 3 pots of serai baru tanam, 2 dah ada orang booking hehe...

Then, gambar kt bawah ni adalah Florence fennel.  This is my first time growing.  But it had been neglected lah.. kesian.  Yang besar satu je (tak besar sangat la).  I think the medium and the location tak berapa sesuai hence cenonet je. Tak pe lah, nnti cuba tanam lagi.  One thing I notice tentang Florence fennel adalah, dia tak de musuh and is quite hardy. Macam tak berapa terkesan dengan high humidy and panas hujan.  Ok lah...  Will definitely try to get a hold of more Florence fennel seeds...


Florence Fennel
 
Asparagus spear..


Cik asparagus ni, saya tanam dalam container.  Bawa balik dari New Zealand.  Dah dekat setahun pokok ni.. my mistake - pokoknya ada lima, tapi saya dumped the whole five plants dalam pot kecik (tapi panjang).  Obviously, these asparagus kena transplant - sebaik-baiknya kat atas Tanah dan kena separate each crown... tapi tengah berfikir lagi..I may transplant them kat pasu yang lebih besar.  Notice the latest spear tu?  Dah agak besar.  Again, that Baja busyuk memang make a difference...  Seriously ya'll.. Baja kedai dua hengget tu, errmmm.. better stick with the nursery recommended ones lah...

Then di bawah ni adalah my Aunt Ruby's German Green tomato.  Yep, it does not get red or yellow.  Bila dah masak dia akan slightly lembut, and kurang sikit ke-green-annya.  Ni buah peringkat ke-2. Peringkat pertama pokok ni hasilkan 10 biji, but most of them tak boleh dimakan sebab dah kena sengat dengan lalat buah.  Ada la sebjik dua yang edible.  Rasanya masam macam lemon but in a good way.  Actually, I never liked tomato. Tapi sejak tanam sendiri tomato ni, jadi suka sangat.  Serious!  My favourite so far (yang saya dah pernah tuai) adalah beefsteak dan sungold cherry.  So I suppose, tomato memang rasa berbeza bila dipetik dah masak bebetul.  And of course, different varieties have different taste. Tomato growing memang tricky jugak.  Sangat sensitive dengan diseases and pests. But I haven't given up yet so far.  I keep experimenting with the medium, location and care. 

Aunt Ruby's German Green Tomato
 
 


Gambar di atas ni adalah pokok epal Rose.  Buahnya saya beli di farmer'r market di New Zealand. I think I dah pernah la post pasal this apple.  Yep, this is how it looks like at 9 months old.  Saya tanam dalam pasu je buat masa ni.  Whether it will bear fruit is anybody's guess but I don't mind really.. Ok je...



And last but not least, is my red acre cabbage.  Belum lama transplant (tapi dah lama semai and neglected hehehe).  This one dah macam nak form 'ball' kot...  Alhamdulillah...  I gave away some of the seedlings to my aunt and my sister in law.  Tapi tak bertahan lama sebab kena makan dengan tikus.  Takde rezeki lah gamaknya.  So far yang saya tanam di sini masih ok dan intact.  Tikus takde lagi takat ni (jangan la datanggggg), mungkin sebab kucing banyak.. hehehe...

Saturday, 6 September 2014

Sad day for Alpine Strawberry

So I started with 50 seeds in November 2013 and 80% of them sprouted.  Happy day.  All of the seedlings were sown in the flat terracotta pot placed in the shade - strawberries don't mind the shade. Then, bermula lah cerita... kucing cakar, ayam cakar, katak korek Tanah etc etc.. after which I would frantically fix and most of the time the strawberries would survive lah. After a few months, I transplanted the surviving strawberry plants in individual small baba pots - I think I initially had around 6-8 pots (out of the 40 sprouts hahaha)...

Gitu gini to make the story short, after almost 10 months, I am only left with 3 pasu. Tapi, strawberry akan beranak and now in each of the baba pot dah berpecah jadi 3 pokok.  Yesterday, one of the pots dah jadi macam ni...



And the culprit?  Sang siput babi.  Tak sangka siput babi berselera juga dengan daun strawberry.  So, I decided to take this particular plant ke dalam rumah. I am placing it by my window sill.  Walaupun sang siput dah makan most of the leaves, the crown is still intact.  And it seems that one new leaf is coming out.  Keeping my fingers crossed - I hope it will recover.

The other two pots?  Alhamdulillah, so far so good.

Gambar Hiasan, bukan siput babi sebenar... heheheh...

Friday, 29 August 2014

Lavender...finally

So I took some of the lavender seeds that I had for sale. I believe it's the broad leaved lavender.  Dok baca-baca website sana sini and deduced that growing lavender from seeds ni agak tricky and required lots and lots of patience.  Instruction on the packet said, kena bagi cold treatment for 2 weeks and baru lah tanam.  So in a small clear plastic container, I placed a layer of tissue paper, and then letak satu jemput potting mix and tabur lavender seeds tu, then I sprinkled a thin layer of potting mix, spray sikit dengan air bagi dia lembap and tutup.  Then, letak dalam fridge (bukan freezer) kt area laci bawah freezer compartment (peti sejuk saya 2 pintu, and freezer kt atas), so area tu agak sejuk sikit tapi tak beku lah.  Lepas tu, eheheh.. terlupa... sampai la agaknya 3 bulan kot?  Terlupa nak tulis tarikh hahahah...

Then, these past few days dok teringat je kt benih lavender tu.  Hari ni berkesempatan nak jengah and as I opened the container.. voila!  This is what I found!
 
Kalau tengok betul-betul, ada 2 sprouts.  Satu agak terlekat dengan tissue paper.  I was so beside myself... sangat gembira, Alhamdulillah syukur!.. Taking my chances, saya terus pindahkan 2 sprouts to ke pasu lain sebab actually ada lagi beberapa seed dalam bekas ni yang mungkin perlukan lebih masa untuk sprout.  The transplanted ones -- harap-harap la survive. Now tengah letak kt tempat redup dulu.  Keeping my fingers crossed jugak harap-harap kucing-kucing samseng saya tak kacau.
 
 Next time, nak try munstead lavender pulak.  See if it would turn out the same.
 
So, cold stratification worked with lavender, pear and apple.  I wonder, kalau benih-benih susah cam lada, terung, sunflower etc.. boleh kot kalau dibagi cold treatment yang lama?  Worth a try definitely.
 
So.. update:  Dua anak lavender yang saya Berjaya cambahkan through the method of cold stratification (boh dalam crisper peti, bukan freezer) dah pon mati pada hari yang ke-dua bila kena cakar dengan ayam.. grrr... sabarrr...
 
But syukur the remaining seeds yang tak cambah lagi saya masukkan semula dalam peti sejuk and hari ini selepas 3 minggu (hari ini) saya periksa and what do you know, one more seed sprouted.. (sabar itu manis).. as shown in the picture below.. kecik comel je.. mungkin pembaca tak dapat nak Nampak sangat.. That one dot..
 
 
 
SO, this time around saya terus keluarkan the whole bekas and alihkan di tepi tingkap dengan harapan the sprout will get a head start to grow.  At the same time saya tak pasti samada ada lagi seeds yang tertinggal yang belum bercambah.  Tak mengapa lah.  I am keeping my fingers crossed here.  Dah this time, saya tak nak alih dalam pasu lagi, biar kan dia besar dulu dalam original container. 
 
 

Saturday, 26 April 2014

MINGGU YANG DUKA

Hidup ini memang tak dapat dijangka.  Minggu ini memang minggu yang sedih untuk aku.  Isnin lepas, aku kebumikan Telur yang akhirnya passed away selepas seminggu warded.  But then, he had been sick for so long, his first vet dah advice aku put him to sleep tapi aku sanggup put him on drips for 2 weeks last 2 years until he was able to be discharged, somewhat fit to live but with persistent flue due to virus.  This time, nak dijadikan sebab, aku terlanggar kaki dia, bawak gi vet.  By then doc (a different vet) dah discovered that Telur punya kidney dah rosak and flue dah tahap teruk and ditambah dengan trauma fractured leg due to accident.

Then si Azam, my 9 year old cat dah makin kurus and bulu tanggal-tanggal.  Dah sakit baru nak balik rumah, kalau tak melaram merata-rata jantan sekor ni.  Vet put him on meds - flea allergic and fish oil capsule.  Aku bagi dua ubat-ubat tu 2 kali sehari and lepas 3 minggu I noticed that his appetite makin kurang, dia makin tak nak makan and makin kurus.  Dah macam papan lapis yang boleh dilipat dua.  I figured, mungkin dia stressed kena makan ubat or side effects?  Ntah lah.  He was eager to eat, tapi bila bagi makan, cuma satu suap je.  I tried a few things; whiskas pouch, ikan sadin dalam tin, ayam rebus, ikan tongkol rebus... cuma jilat-jilat je and pergi.  So I decided to stop the meds to see if he would get better.  And so far he seemed better walaupun makan tak banyak, itupun bila aku gorengkan ikan tongkol tu.  Apa-apalah Azam, janji ko makan.

Like any cat or pet owners, bila haiwan peliharaan kita sakit, hati tak tenteram.  Dah la baru saja kebumikan si Telur. But as a Muslim, I understand that setiap yang ada disekeliling kita adalah pinjaman Allah swt.  Walaupun sakit nak tanggung, kita kena redha.  Malam tadi lepas solat Isya, aku bermuhasabah, bermonolog; mana lagi aku sanggup tanggung?  Kucing mati lepas sakit menderita lama or mati cepat dan mudah dan segera.  Aku pilih yang kedua: mati cepat dah tak suffer, walaupun aku tau, that second part is tragic and shocking. 

And this morning, Allah bebetul duga iman aku.  At 7:40 in the morning, bila aku buka pintu depan, aku Nampak kucing aku si Mamut terbaring didepan rumah, atas Tanah.  Badan dia basah kena tempias hujan, badan dia sejuk dan dah nak keras.  Lifeless and yet macam tidur je.  Tak de tanda-tanda cedera atau stress; macam tidur saja, cuma pucat.  Mamut dah mati.  Macamana dan kenapa Allah saja yang tau tapi aku pasti dia belum mati lama, perhaps a couple of hours.

Dalam keadaan tak tau nak fikir or buat apa, aku dukung Mamut and bawa ke belakang rumah dekat kubur si Telur.  Aku peluk Mamut erat-erat and aku menangis puas-puas.  Sedih, terkejut dan macam-macam.  Aku kehilangan satu lagi buah hati aku.  Dia sahabat aku.  Dia sentiasa teman aku dalam bilik.  Bila aku marah dia, dia akan terus datang kat aku and gosok-gosok kepala kat aku and sanggup terima kena lepuk, tak macam kucing lain yang akan cabut lari.  And actually, walau macamana aku marah kat dia (sebah dia ni nakal), pagi-pagi mesti dia dah ada tidur menyandar kat sebelah aku. Kadang-kadang bila aku buka pintu bilik, dia dah ada kat almari tepi pintu menyapa aku.  Dengan mata julingnya, dengan suara tak berapa nak jantan, aku panggil dia pondan kepit...

Semalam dia sihat elok. Dok pau ikan rebus si Azam lagi.  Hari ni dia dah dalam perut bumi, dekat dengan Telur.  Korang be good friends ya, jangan gaduh-gaduh.  Air mata aku memang belum kering lagi.  Tak tergambar sedih aku ni sampai aku jadi sesak nafas dan nak pitam lepas kebumikan dia tadi.  Kali terakhir aku peluk dia tadi, he smelled the same, of vanilla custard.  Bulunya tetap halus and lembut.  Mamut...

Selepas 5 tahun 3 bulan dia dipinjamkan kepada aku, sebagai sahabat aku, penyembuh duka aku, Allah dah panggil dia balik kepangkuanNya.  Walaupun sangat sakit untuk aku tanggung, tapi aku bersyukur sebab Mamut tak sakit menderita langsung. C.O.D?  Probably heart attack.  Ntah.  As I am reminiscing this, aku rasa sesak nafas balik.

Terima kasih Allah atas kurniaanMu walaupun sementara.  I love you Amut and Telur.  Jumpa di syurga.


Mamut

Friday, 4 April 2014

Alahai Mucangku

Amaran- this post is not garden related. More of a rambling...kot?

It was a long day today - Bertungkus lumus nak siap tanda semua assignment sebelum peperiksaan akhir minggu depan and then, ada extra credit presentation dari beberapa orang students.  All the same, it was a fun day especially apabila dapat menge'pau' students punya presentation items - but they have been given fair warnings: 1. this is only extra credit and you'd earn up to 2 percent of the total carry marks and you don't have to do it and 2. please only use cheap products because you'll have to give it to me after the presentation.  Hasilnya... tadaaaa... (itu pun, ramai lagi students yang nak buat extra credit presentation tapi I was firm that only a select few sahaja yang boleh.. kalau tidak harus penuh satu kereta hehehehehehe... )



Albeit the fun, tak dinafikan I had been a bit beat.  Menanda kertas banyak-banyak ni is definitely a brain drain - tapi dah tanggungjawab, it's alright, and Alhamdulillah, itu bermakna that my life has a purpose hehe.  Leaving the school, I slowly and quite listlessly masuk dalam kereta and drove home.  Belum suku jalan, I made a quick stop sebab adjust seat and was thinking, napa la seat ni kedepan sangat.. nak kata ada orang lain yang drive memang tak lah... ke kaki aku dah makin panjang?  Ha haha.. entah la.. kalau otak dah penat memang la jadi macam tu..

The drive home was more like an outer body experience.  I was feeling 'far' from reality seolah-olah roh tak berapa attached dengan jasad and my driving was almost of autopilot.  Aduh teruk betul.  But I reached my home yard anyway.

Sampai di drive way, ada lah 2 ekor kucingku si Telor dan Mucang dok lepak-lepak having a hayday.  Itu la kerja some of my cats dan walaupun kereta dah mendekat derang buat tak paham je. Nak kata tak dengar bunyi kereta memang tipu la... aku bawak HILUX okay?  HILUX!  Bukan Alphard ke, Prius ke.. yang maha senyap tu.  Tapi memang kalau kucing jenis badigol sood ni.. memang la.. Dengar bunyi and Nampak kenderaan mendekat buat tak paham je.  Agaknya bajet diri kebal kot?

Biasanya kalau ayah aku ada sekali dalam keta dia akan turun and suruh kucing-kucing tu pergi.  Tapi oleh kerana aku malas nak turun kereta and suruh derang move, aku put on gear 1 and drove slow slow slow slow masuk ke driveway.  In fact, aku memang selalu buat macam ni sebab kucing-kucing aku akan slowly move away bila tengok tayar Hilux yang besar gedabak tu dah makin mendekat.

But then, aku terasa tayar melanggar sesuatu..  I was like.. "Eh.. aku langgar kucing ke?"  Aku terus free gear, tarik handbrake, matikan enjin dan turun and tengok kt bawak Hilux.  Nope, nothing.  Hati rasa lega sikit, tapi ada rasa was-was.  What if aku memang langgar kucing?

Aku masuk ke rumah, rehat and had dinner.  Borak-borak sikit dengan mak and ayah and it was then mak cakap ada dengar bunyi kucing jerit tadi.  Berderau sikit darah aku.  Ha.. mungkin betul la aku ada langgar kucing.  Ayah aku cakap dia Nampak Telor lari.  Ada sedikit lega; kalau Telor la yang aku langgar and dia masih boleh lari, maknyanya dia masih hidup la (mak aihh statement kejam siot).  Tapi belum habis cakap, aku dah perasan si Telor tengah duduk dendiam kat dapur rilex je.  Err... Nampak macam ok je mamat tu...

Mucang...  Aku dah langgar Mucang...

Macam orang gile aku keluar rumah (tapi control perasaan dan nada suara) panggil Mucang dari depan ke belakang rumah.  Dari pukul 6 lebih (petang) aku dok panggil-panggil Mucang. Tak de jawapan langsung.  Kucing kalau cedera dia biasanya akan menyorok for comfort.  Aku bimbang kalau dia bebetul kena langgar and dalam keadaan tenat and tak sempat nak selamatkan.

Mulut aku tak berhenti panggil-panggil Mucang walaupun dah masuk dalam rumah (sebab dah masuk maghrib) and dalam hati aku memang berkecamuk berperang dengan segala kemungkinan.  Most of all, aku memang tak sanggup kehilangan Mucang, atau mana-mana kucing aku.  Tapi aku juga sedar, Mucang tu hak Allah and kalau Allah nak amik dia, kena redha lah.

Selepas lebih satu jam, aku terus panggil Mucang tapi tak sekuat dan sekerap macam tadi.  And what do you know... out of the blue, muncul Mucang di depan ku.  Muka dia cam seolah-olah, "napa mak panggil Cang? I am in the middle of something,"

Ya Allah... tak tergambar la perasaan aku masa tu. Terus aku angkat Mucang, aku peluk dia erat, cium-cium dia and dengan suara lirih, "Napa Cang tak datang orang panggil-panggil tadi?  Kalau Cang tak ada macamana?  Belum puas lagi bela Cang tau."

Mucang diam je dalam pelukan aku dan aku tak sangka, masa tu juga aku menangis sebab gembira dan sangat bersyukur sebab dia masih hidup; dia masih ada.  Tapi memang seperti yang dah dijangka, Mucang memang kena langgar dengan aku tadi.  Mak aku cakap terdengkot-dengkot dia jalan.

Seriously, aku harap he's learned his lesson tapi aku tak pasti nak cakap lah sebab masuk kali ni, dah kali ke-4 Mucang kena langgar dengan kereta.  Cuma the first 3 times dia dilanggar oleh kereta di bahagian kakinya.  Tapi kali ni dia dilanggar Hilux.  That is NOT A JOKE.

Insyaallah esok nak bawa dia pergi vet in case ada apa-apa kecederaan serious and untuk tujuan lain juga. 

Aduhai Mucangku...

Friday, 28 March 2014

Mint yang menjalar

Mint atau pudina adalah salah satu daripada herb yang saya tak berapa reti nak guna tapi sengaja tanam untuk pest control, hopefully lah hehehhee...  Pokok mint atau pokok pudina agak mudah tumbuh.  Dia suka tempat yang shady dan Tanah yang agak lembap. 

So some months ago saya beli satu pasu pudina daripada nursery.  Kelakar je rupanya tapi since saya ni jenis lebih rela beli daripada minta-minta pada strangers, saya beli je lah.  Kononnya, saya nak letak mint sama growing container dengan certain plants sebagai pest deterrents... so.. dalam satu polybag besar ni, saya ada tanam hami melon and then saya selitkan la satu tangkai pudina dalam polybag tersebut.

Verdict?  Eleh sama je... Encik Api-api tetap happy mengunyah daun hami melon like there was no tomorrow and finally the melon plant pon menemui ajalnya.  After the demise of the melon plant, saya biarkan saya bekas polybag ditempatnya tapi saya terus siram kerana ada pokok pudina di dalamnya.

Then... selepas tak sampai sebulan... Inilah hasilnya...
 
Tu dia, terjulur-julur dia keluar dari polybag.  Itulah dia pudina.  It can spread very, very quickly.  That is why saya memang suka tanam pokok pudina dalam bekas atau in a contained space.  Actually, I should also learn to cook with daun pudina supaya boleh kawal kadar penyebaran pokok.  Setakat ni cuma tau buat mint tea je.  Sedap... and very refreshing!
 


Senjata seorang gardener

I have to admit... Selain daripada extreme weather dan diseases, pest can be very, very annoying and not to mention, heartbreaking.  Apa taknya...  Hasil yang kita tunggu-tunggu and belai-belai, alih-alih ada ulat or berlubang or gugur sebelum matang.  That happens to me, a lot.  Kadang-kadang tu rasa macam nak give up saja but setakat ni, I would usually try to figure things out; what to do to fix things up. 

 
Cer tengok mamat sekor ni (ntah-ntah betina but mehhh...).. Hensem je dia dok kat daun kacang buncis nih. I don't know what the scientific name for this pest, tapi we call it api-api.  Serangga ni memang suka makan daun cucurbits macam zucchini, melon dan tembikai.  Cara dia makan memang sangat interesting; dia buat bulatan.  Setiap kali saya masuk dalam garden, memang saya akan dapat penyekkan beberapa ekor.  One relieving thing about this api-api adalah, dia tak terbang laju.  Agak mudah untuk tangkap by hand.  Selain daripada itu, saya ada senjata - yang tak berapa ampuh tapi..boleh laaaa...
 



Actually, saya tak berapa pasti akan keberkesanan kedua-dua solution ini tapi this is my way of doing things as organic as possible.  Waktu pagi selepas siram pokok saya akan spray solution sabun+minyak pada pokok zucchini untuk kurangkan gigitan ulat and spray serai Wangi pada broccoli (yang dah penuh lubang-lubang) dan pokok-pokok tertentu.  Then, selang beberapa hari pada waktu lewat petang saya akan spray solution sabun+minyak pada buah tomato.  So far semburan ini dapat kurangkan serangan lalat buah. 

Selain daripada itu saya cuba tanam beberapa pokok yang boleh halau certain pests seperti marigold, borage, basil, mint, serai dan catnip.  Berkesan atau tidak, tu tak tau laa hehehe.. tapi at least, I have herbs in my garden. 

Hujan oh Hujan...



Selepas 3 bulan kekeringan, Allah akhirnya turunkan hujan.  Thank you Allah atas rahmatMu ini.  Untuk satu minggu, we received rain on and off.  Gembira sungguh pokok-pokok.  Within 2 days, rumput baru pun tumbuh berceracak.  Masalah jerebu dan debu-debu hitam juga selesai dan 2 hari berturut aku tak siram pokok dalam kebun, hehe…
Nevertheless, hujan yang lebat ni ada kesan sampingan dia, which is, ia memadatkan tanah.  I have 2 square beds in my mini garden and tanahnya agak exposed juga kepada hujan.  One of the beds tu, ada ditanam purple broccoli (tapi tak ghope broccoli pon), arugula (tak makan pon, saja buat enteprem) dan ada sepokok dua plants lain, while the other square bed tu aku tanam bawang ailsa craig dan burgundy, dan cauliflower, kesemuanya masih kecil lagi. 
Lepas kena hujan lebat, tanah dalam square beds jadi rata and agak keras.  I remember the last time the same thing happened.  Dok siram-siram tapi kenapa la pokok makin mengecut.  Rupa-rupanya, tanah yang keras padat tu dah membentuk satu lapisan kalis air.  Bila dipecahkan rupa-rupanya akar di bawah lapisan tu langsung tak dapat air.  So this time around, berbekalkan sebatang garfu, aku cucuk kembur-kemburkan semua tanah yang dah mula padat tu – being careful not to disturb the plants – and tambahkan lagi tanah potting mix and then siram gently.

Hopefully that'll make things better for the plants :)

Florence Fennels in their new homes


Selepas beberapa minggu dari last entry on pokok Florence Fennel, the plants dah pun keluar 2-3 real leaves.  Ada 4 pokok semuanya and I think it was time they found a new home.  Two of the fennels dah dipindahkan ke raised beds while the other two aku transplant di dalam bekas rectangular – which used to be a spot untuk super sugar snap peas – which now mostly dah arwah hahahah.  I am hoping, fennels ni boleh jadi deterrent plants untuk some pests.  Boleh ke?  Try je lah… ahaks.

Trying Times for Zucchini (again...)


Aduhai kesian betul dengan pokok zucchini black beauty ini.  Perhaps due to hujan panas yang silih berganti, daunnya jadi rosak.  Seperti yang kita sedia maklum, zucchini memang tak suka kalau daunnya kena basah.  Untuk elak dari berjangkit dengan pokok lain I trimmed all the infected leaves off.  Dah gonjeng macam mat rocker kapak kene caras rambutnya ahahahha… 
Not just that, ghopa-ghopanya, ulat pun dah datang bertakhta didaun-daun rimbun.  Terpaksalah aku jadi serial killer ulat tapi jumpa 2 ekor je and of course lah kembali kerahmatullah dua ekor tu.  Derang punya hal, abis bertepek-tepek najis ulat tu di daun.  And then ditambah dengan populasi serangga api-api yang tak pernah menyusut.  Dok main kejar-kejar aku dengan derang.  Aduhaii…

But it’s alright.  Ini semua adalah cabaran and I try to learn something from this.  Hang in there ok my dear zucchini…

Bootylicious Young Beefsteak Tomato




Ini lah pokok beefsteak tomato saya yang pertama dan buah tomato ni adalah among the early crops Alhamdulillah… and subhanallah, cantik lah buahnya.  Macam bentuk labu pun ada.  This is the red beefsteak variety so, insyaallah akan berwarna merah bila masak.  As for the size, saya tak tahu how big the fruit can get. Well, we’ll see.  Tapi kalau besar sangat, sakit jugak dahan pokok nak tampung, so terpaksalah saya ikatkan.  Ini pun dah kekurangan stakes untuk tomato besar. 

Takat ni hanya beefsteak tomato je jenis tomato besar saya yang dah berbuah. Jenis lain iaitu mortgage lifter dan pineapple, masih tinggi sekaki (dah baru dipindahkan ke dalam pasu) manakala purple Cherokee masih lagi seedlings.  So I guess I have time to find stakes.

 
Anyways, I am keeping my fingers crossed and of course, berdoa mudah-mudahan dapat hasil yang bagus.

Thursday, 27 March 2014

Pokok Rhubarb

Pokok rhubarb ni berusia 3 bulan kot and baru saja berpindah pasu dalam 2 minggu lepas.  Rhubarb as far as I know bukan la pokok native kepada kawasan rendah Negara kita, tapi yes it can grow.  Notice that batang rhubarb ni hijau and tak merah.  Ini disebabkan oleh cuaca Malaysia yang panas.  Kalau musim sejuk batang dia bertukar warna kepada warna merah.
Rhubarb boleh dimakan and rasanya masam.  Biasanya orang buat pies or kalau orang melayu, kita boleh campurkan dalam masak lemak. Hanya batangnya sahaja yang dimakan kerana daunnya adalah toxic. 
Oleh kerana sifat toxic daunnya (kot) saya perasan yang pokok rhubarb ini langsung tidak disentuh oleh pest.  Hatta semut pun tak sudi nak datang masuk ke dalam pasu. Haaa… bagus lah.. suka aku.  Lagi satu, I notice that rhubarb ni sangat cepat tumbesarannya. Within 3-4 days akan muncul daun baru.  Pasu ni adalah pasu sementara untuk rhubarb ni sebab saya dah rancang nak tanam pokok rhubarb ni direct in the ground once it’s grown too big for the pot – kalau panjang umurnya laa… hehehehe…


Today's harvest - March 28, 2014

 
Tuaian hari ni, very very frugal hehehehe. Hanya some yellow pear tomato dan 4 batang kacang buncis.  Oh ye, saya lupa nak petik golden Marconi pepper dan shishitou pepper.  Esok lusa lah kalau rasa nak makan.
Back to the yellow pear tomato: so far they are the vigorous producers.  Ada saja yang buah yang baru, setakat ni and we are enjoying them so much. Sedap.  Tapi kami tak de la rajin petik hari-hari.  We just pick what we want to eat there and then; petik cuci and terus makan. Kalau tak rasa nak makan kami biarkan je kat pokok selagi boleh, kadang-kadang sampai ranum sangat-sangat.  Semalam my bro in law jalan-jalan di tepi pagar kebun saya and petik a few of the ripe ones and had them for breakfast. Alhamdulillah, rezeki mereka semalam.
Pokoknya memang rajin betul menjalar and saya kena la rajin ikat-ikat kiri kanan supaya tak patah.  As for the harvest, saya tak tau berapa lama pokok ni akan berbuah, tapi selagi dia masih hidup elok Saya akan terus jaga, insyaallah…

Wednesday, 5 March 2014

Garden Update March 5 2014

Lepas balik dari betulkan 4wd ayah, lepak kejap dalam garden sambil berviber dengan my sisters.  It is such a great feeling lah being in my garden. I think I have found my absolute inner peace (chewahhh)...in gardening.  It is like finding myself gitu.  Anyways, these were the pictures I shared with my sisters in our group chats.

 
 
This is the shishitou pepper.  Kalau di tambah dalam sayur tumis, sebiji-sebiji memang sedap rangup krup krap.  Tak pedas pun lada ni and kalau pedas confirm la menangis orang-orang Jepun nak makan kan.  Oh ye memang saya bungkus dengan kain net to protect from fruit flies/melon flies. Agaknya tengah musim bertelur kot.  Once they inject telur kat dalam tu it is OVER.  


This is Cubanelle pepper (supposedly tapi kalau tengok pictures online cam lain je, tapi saya tengok gambar pepper yang dah mature lah).  Growth rate is fast!  Bentuknya bengkok sebab saya lambat tukar pembungkus - the previous pembungkus kecik je sebab tu hujung lada tu terbengkok dalam usahanya untuk memanjang.  But it is OK lah, takde hal punya, asalkan selamat dari serangan fruit fly.  I am not sure how big this cubanelle can get so I'll have to do a bit more research on it.


The yellow pear tomato.  Alhamdulillah, sekarang memang tengah banyak juga la yellow pear tomato.  We'd just go and pick every time rasa nak makan.  Suka kalau tomato ni ditumis bersama sayur or asam pedas etc.  Sedap betul flavour dia tak macam tomato yang beli di kedai.  Mungkin sebab dibiarkan ranum di pokok.  Alamak.. kena petik la tomato yang dalam gambar ni.  Semalam syok snap-snap gambar lupa nak petik yang dua ekor nih.  Dah ranum sangat nampaknya. 

For my tomatoes, since saya tak dapat nak bungkus (tak practical lah), saya terpaksa sembur dengan cecair campuran sabun+minyak sebagai pest deterrent.  So far, it works and yang penting, it is organic.  Memang lah ada tomato yang kena serang tapi setakat sebiji dua saya tak berkira sangat.  Somehow kalau nak makan, walaupun Nampak cantik flawless, saya tetap akan potong dulu sebab takut termakan ulat hehehehehe...

Also, ulat-ulat yang saya jumpa dalam harvest saya akan hapuskan untuk mengurangkan kadar pest dewasa.

Borage. Borago Officinalis. Starflower. Bunga Bintang

Can't remember how I came across this flower online.  Tulah, rajin sangat browse sana sini kan.  Reading about it got me interested and I found the seeds sold online.  To get it to germinate agak mudah; within a few days dia dah cambah.  Dalam dictionary gardening saya, Borage saya kategorikan sebagai medium lah sebab mengambil lebih dari 3 hari baru nak cambah.  Below ada lah gambar borage sprout.


Comei je rupanya.  Borage suka good drainage soil.  This size, I would water quite frequently.  Anyways, this particular plant dah mati.  Lupa sebab apa.  By my main mistake masa mula-mula belajar menanam adalah saya tidak sabar.  I should have let the plants to grow a few real leaves dulu baru la nak transplant and itu pun, kena harden dulu a few days.  Lesson learned.  hehehhee...Somehow, I did not give up. If at first I did not succeed, cuba lagi and as much as I could, I try not to regret or be sad for too long, I just move on and keep trying.  And Alhamdulillah... Berjaya juga tanam borage dalam kebun.

 
 
Tadaaaa... Ini lah dia borage yang survive dalam kebun (sila abaikan rumput rumpai semak samun in the background ya).  In the beginning masa lepas transplant, masa tu dia adalah 5-6 daun gitu, berbulu2 tajam. Agak bimbang juga sebab takut dia tak tahan dengan cuaca panas dalam kebun.  Pada waktu tengahari terik dia kecut jek. But akhirnya.. viola!  Keluar bunga yang cantik bertukar warna dari pink kepada biru.  Best betul.  The only thing is that, kecik betul la bunganya.  Bunga dia kalau kita cabut, rupanya macam di bawah ni.
 
 
Cantik bunganya. Blue.  Kalau di Negara kita Malaysia ni, saya rasa macam jarang nak jumpa bunga warna brilliant blue macam ni.  I love it! Oh ye, setiap kali petik bunganya saya akan makan bunga ini.  Rasanya manis and it has cucumber flavour.  From my reading, borage leaves and stems are edible, tapi tu la, berbulu-bulu texturenya.  I hope to get them to seed. 
 
Aside from its beauty and taste, borage ni adalah companion plant yang bagus.  It attracts bees.  Memang seronok. I need those bees to pollinate my tomatos and squashes.  And lagi satu, borage ni so far tak de pest sangat, cuma saya kena occasionally check underneath the bottom leaves in case there are snails taking refuge and makan my other seedlings newly grown in the garden.
 
Bila ditanya apa nama bunga ni, saya cakap, 'bunga bintang'.  Ye lah, takkan nak cakap kt mak ayah saya yang tak reti speaking English 'oh, ini bunga Borage or Starflower' hahahha. Asalkan maknanya sama. 
 
A Keeper!!!


Tuesday, 25 February 2014

Bunga Tomato: Beefsteak vs Yellow Pear

Buat masa ini, saya ada menanam 6 variety tomato iaitu regular tomato, yellow pear tomato, beefsteak tomato, pineapple tomato, mortgage lifter tomato dan purple Cherokee tomato.  Pada masa ini, hanya 2 sahaja yang dah mengeluarkan hasil iaitu regular tomato (saya tak tau apa varietynya sebab benih beli di Tesco) dan yellow pear tomato.  They are doing well so far.  Then Beefsteak tomato baru sahaja mengeluarkan bunga yang pertama.  Wahh I am so excited.  As a newbie, saya baru belajar tanam tomato and ini lah pertama kali saya Berjaya (setakat ini) mendapat hasil tomato (before this, pokok tomato yang saya tanam mati sebelum mengeluarkan hasil).  Alhamdulillah.

Perhatikan bunga tomato beefsteak ini

 
Bunganya agak besar sedikit tetapi jumlah bunganya tidak banyak; hanya 3.  Walaubagaimanapun, ini adalah jambak bunga yang pertama so I may see more flowers dalam gugus yang seterusnya.  Lagi satu, pokok tomato beefsteak kelihatan lebih besar.  Mungkin tanahnya lagi subur kot?  Dan juga bekasnya lebih besar (pasu kedai dua hinggit)
 
Bandingkan dengan bunga tomato Yellow pear di bawah:
 
 
Ada lebih banyak Bunga dalam gugusnya dan definitely bunganya lebih kecil.  Dan kebanyakan gugus yellow pear tomato ada 4-6 biji tomato yellow pear.  Saya juga perasan yang setakat ni tomato yang saya tanam terus di tanam kelihatan lebih besar dan sihat.  Pokok tomato yang saya tanam dalam bekas minyak masak agak kecil sedikit.  Menurut kata ayah, tanahnya kurang.  Ye lah yelah.. nanti orang beli la pasu kat kedai dua hinggit tu hehehehhehe....

Florence Fennel aka Pokok Adas

I failed in my first attempt at growing Florence fennel.  Dok semai-semai tunggu punya tunggu satu hapa pun tak muncul sampai habis semua benih.  Penat hokay?  Hahaha.. Then I bought new fennel seeds and terus semai dalam mangkuk pecah ini.  Dan selepas lebih kurang 2 minggu.. tadaaaa.... dah cambah dan keluar true leaf.  It's too tiny so tak berapa nampak clear. 

 
We'll see how it'll fare.  Mudah-mudahan umurhnya panjang.  Lagipun memang dah ada spot untuknya di dalam garden.

Jumbo Melon Seedlings: Nak pindahkan ke tak ni?


Kasihan anak-anak pokok melon ini.  Bersesak-sesak dalam cawan polistrin yang kecil.  So tadi petang berlakulah dialogue ini:

 
Ayah:  Tempat dia kecik sangat tu.  Kamu kena pindahkan.
Aku: Alah.. tak rasa nak pindahkan kat kebun belakang. Nanti tanam je, terus kena makan dengan 'api-api' macam pokok hami melon tu (seriously, kalau korang tengok pokok hami melon saya, mungkin korang suruh saya bunuh je sebab sangat siksa tengok pokok tu cuba hidup dengan diserang ulat kiri kanan, daun berlubang-lubang aduhaiii)
Ayah: (berfikir sejenak) kamu tanam dalam bekas besar macam ni (dia gunakan isyarat tangan) lepas tu kamu letak di sini (di tepi rumah saja)
 
Bagus juga idea ayah tu.  Actually, dalam hati sungguh gembira sebab ayahku nampaknya 'pay attention' dengan my gardening effort setelah dia nampak sendiri kesungguhan aku dan hasilnya (walaupun cenonet secoet je) dan in fact dia dah dua kali datang ke garden patch aku dan kidnap tomato-tomato kuning dan merah aku untuk dimasaknya; Alhamdulillah, I am so happy.
 
Thinking...thinking...thinking...Hm...polybag dah ada.., cuma nak cari Tanah hitam yang best di nursery.  Hari tu stok dah habis.  Kena tunggu stock ada.  Sabar ya melons.
 
Dan aku beli benih ini kerana ayah suka makan melon (of course he doesn't know it).  Aku teringat betapa aku beriya bawak balik melon dari Jepun (sampai penyek sekerat kena himpit dengan baju2) kerana ayah suka makan buah ini.Anyways, kalau lah ada rezeki, buahnya macam gambar di bawah ini, insyaallah.
 


Parris Island Romaine Lettuce in their new Home

Saya dah beberapa kali cuba untuk menyemai benih salad and before this, NOTHING happened.  Benih beli di Tesco, benih beli online from bloggers...Nothing.  Macam-macam cara saya cuba and tak satu pun germinate.  But I did not give up until I bought this seed - Parris Island Romaine Lettuce, gambar di bawah.



Ini tak tahu lah samada jenis lettuce yang orang letak dalam nasi ayam but lebih kurang sama lah kan.. So, tanpa menaruh apa-apa harapan, saya semai benihnya and after only THREE days, they all germinated.  Alhamdulillah!!!  And after dah keluar 2 true leaves, I transplanted 6 of them to their new home. 

 

 
Ada lagi 6 seedlings yang masih dalam germination pot - I will decide later on where to put them - and so far, all of them masih lagi saya letakkan di tempat teduh.  Sekarang ni pulak musim panas dan kering, lagi la saya tak rasa confident nak letakkan mereka di open space.  Hm... perhaps in my mom's plot?  Doa-doalah mereka akan hidup sihat segar bugar.  It's actually a treat for my dad yang memang suka makan daun salad bersama kuah kacang.


Monday, 24 February 2014

Purple Vienna Kohlrabi



Pernah makan kohlrabi?  It's a brassica family member and antara kohlrabi yang popular adalah purple Vienna dan white Vienna.  Saya beli benihnya last year and from the seeds yang saya semai, 4 telah Berjaya membesar.

 

 
Dan ini lah rupa kohlrabi yang saya cabut dari kebun mini saya minggu lepas bersama-sama dengan kacang buncis and jalapeno pepper.  Dan makluk berbulu dalam background tu, takde kena mengena dengan harvest ya.  Saja je minah tu sibuk enteprem hahaha...
 
By the way, this one is the purple Vienna variety and mind you, itu lah kali pertama saya makan kohlrabi and my verdict is... DEFINITELY TANAM LAGI. I think tanam kohlrabi tak susah and juga tak banyak musuh.  Ada la ulat gigit daun-daunnya tapi saya tak berkira sangat tentang itu kerana yang kita nak makan adalah batangnya yang membentuk bola tu.
 
Dalam gambar ini, kohlrabi yang saya cabut ini bersaiz sebesar bola golf but actually it can grow bigger.  But they say that the longer you let it grow, the spicier it will taste.  Yang saya harvest ni just nice rasanya.  Macam broccoli pun ada. 
 
Sekarang sedang order benihnya and kalau anda berminat nak beli benih kohlrabi bila dah sampai stocknya sila lah visit my other blog belibenihonline.blogspot.com ya.  Saya pun tak sabar nak semai lagi benih kohlrabi and this time saya nak tanam both purple and white ones. 
 


Pepper Protection Hobo Style


Sila jangan betulkan skrin anda kerana ini bukanlah pokok krismas.  This is my jalapeno pepper plant.  Kesian pokok ni.  Daunnya dah pun menguning sikit - saya tak pasti kenapa.  Adakah kerana musim yang panas or Tanah yang bermasalah?  I have yet to figure out. 

Perhatikan bungkusan berwarna-warni yang diperbuat daripada kain. Yep, saya dah bungkus cili-cili yang ada.  The first two jalapenos saya telah digigit penyengat buah.  Bila belah je buah cilinya ada ulat kecik-kecik.  Since saya tak nak guna racun, I have decided to wrap the peppers.  Maka gigihla mak menjahit perca-perca kain yang ada dalam simpanan - ya, saya juga tukang jahit pada waktu lapang so that explains the perca-perca yang warna warni. 

To be honest, saya tak tau samada ini akan menghalang penyengat dari menyerang tapi I think it worths a try.  Dan saya juga berharap bungkusan ni tidak akan mencederakan atau mengganggu kualiti buah lada since some of the wrappers adalah lutsinar maka pepper ni tetap dapat sunlight dan good air flow.  Kita lihat saja lah la hasilnya. 

Actually, ini adalah salah satu daripada pokok cili yang ada di mini garden saya.  Selain daripada jalapeno, pepper plants lain yang juga sedang mula berbuah adalah sweet Marconi, cubanelle, shishitou and purple bell.  They also look like Christmas tree hahahaahahhaa..

Keeping my fingers crossed.

The peppers and Golden Marconi


Benihnya saya beli tahun lepas dari seorang blogger.  Nama pepper ni sweet Marconi.  Actually saya tak tau saiz sebenar lada ni and amat terkejut sekarang lada ni dah sepanjang 6 inci dan according to my reading, it can grow up to 8 inches.  Sorry dalam gambar memang tak kelihatan besar tapi nanti lah, kalau dah dapat petik saya akan tunjukkan perbezaan saiznya dengan lada biasa and I think kalau tanahnya lagi subur mungkin saiznya akan lagi besar.

Sweet Marconi, like the name indicates, adalah manis and pada skala Scoville 0 which means, tak pedas langsung.  So kalau nak buat sambal belacan memang tak sesuailah.  Buat salad mungkin sesuai? Warnanya memang light green and bila ripe akan berwarna kuning.  I can't wait to harvest my first Marconi.  Buat solok lada memang perfect, insyaallah.